Buletin

PROTON X70 2020 MENDARAT DI PASARAN BRUNEI

Proton melancarkan SUV terlaris X70 2020 di Brunei pada 6 September lalu. Pada tahun 2019, Brunei menjadi pasaran eksport pertama menerima Proton X70.

Terbaharu, ia sekali lagi menjadi pasaran eksport pertama untuk model 2020 yang dibina di Tanjung Malim, Perak.

Proton X70 2020 ditawarkan dengan tiga variasi Standard, Executive dan
Premium X untuk pasaran negara terbabit. Ia dijual dengan jaminan selama lima tahun.

Model terdahulu X70 termasuk dalam tiga tangga teratas bagi segmennya di Brunei, walaupun dijual selama setahun sahaja.

Brunei tidak terlepas dari jangkitan wabak Covid-19 tetapi jumlah penjualan industri automotif pada akhir bulan Julai telah berjaya mencatatkan jualan sebanyak 7,609 unit sekali gus menunjukkan tren
jualan setanding jumlah jualan tahun lepas.

“Proton teruja dengan model Proton X70 2020 buatan Malaysia dilancarkan di pasaran eksport pertama kerana jualan eksport memainkan peranan penting dalam meningkatkan jumlah jualan keseluruhan syarikat.

“Kami yakin bahawa kombinasi ciri-ciri inovatif serta peralatan keselamatan yang menyeluruh pada X70 baharu ini akan berjaya menarik perhatian pembeli kereta bukan sahaja di Brunei tetapi di pasaran seluruh
dunia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah.

Proton X70 kekal sebagai SUV pilihan utama di Malaysia sejak pelancaran pada bulan Februari lalu.

Ia merupakan pilihan paling popular dalam kalangan pembeli SUV di Malaysia.

Pada akhir bulan Ogos 2020, sebanyak 12,732 unit telah dijual bersamaan
dengan 25.9% pegangan pasaran SUV di seluruh Malaysia.


Google ads
Back to top button