
PROTON CARI PEKERJA PENGELUARAN UNTUK KILANG TANJUNG MALIM. BOLEHLAH PASANG X50, X70
Sedia maklum bahawa SUV kompak terbaharu Proton, X50 mencatat tempahan yang sangat memberangsangkan. Dalam tempoh masa yang singkat, Proton dikatakan sudahpun menerima lebih 27,000 tempahan.
Dengan angka yang begitu besar, tentunya pengeluaran perlu dipertingkatkan dalam jangka masa yang sewajarnya. Jika tidak, tempoh menungu yang terlalu lama boleh membuatkan pelanggan membatalkan tempahan dan membeli kereta lain. Siapa yang rugi nanti?
Jadi, bagi menyelesaikan masalah tersebut, Proton kini membuka peluang pekerjaan bagi jawatan pengeliaran di kilangnya di Tanjung Malim. Menurut laporan rakan media Funtasticko.net, iklan kerja kosong itu dikongsi oleh pengguna Facebook Che Syamsiah Md Darus.

Andainya anda berminat untuk mencuba nasib, sila mendaftar dengan mengimbas kod QR yang tertera pada iklan atau klik sahaja pautan INI.
Siapa yang layak memohon? Berikut adalah syarat-syaratnya:
- Lelaki warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga 28 tahun
- Memiliki kelulusan SPM/SPMV/IKM/SKM/Giat MARA atau Sijil Kemahiran yang setaraf dengannya
- Sihat tubuh badan (tiada sebarang patah pada anggota badan)
- Indeks Jisim Tubuh (BMI) 18 hingga 28
- Tidak rabun warna.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 November 2020, jam 5 petang. Calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk ditemuduga.
Maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Unit Modal Insan & Pentadbiran, Proton Tanjung Malim Sdn. Bhd. di talian: 05-577 7714 / 7716 / 7735 / 7736.