Buletin

PUSAT 3S MITSUBISHI BAYAN LEPAS RASMI DIBUKA

EON Auto Mart Sdn Bhd (EON Auto Mart), Ahli Kumpulan DRB-HICOM Berhad dan Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini melancarkan pembukaan Pusat 3S Mitsubishi di Bayan Lepas.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha syarikat untuk menyediakan perkhidmatan terbaik buat para pemilik kenderaan Mitsubishi di sekitar Bayan Lepas dan seluruh Pulau Pinang.

Beroperasi sejak Disember 2016, Pusat 3S Bayan Lepas merupakan penempatan semula Pusat 3S Mitsubishi yang dahulunya di Bukit Mertajam. Terletak di lokasi strategiknya di Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas dan hanya 20 minit perjalanan dari Georgetown, Pusat 3S Bayan Lepas dijangka dapat menampung keperluan pelanggan yang semakin meningkat.

Dibangunkan di tapak seluas kira-kira 1,199 meter persegi, pusat 3S itu memiliki enam ruang penyelenggaraan, satu ruang pembersihan dan resepsi. Ia juga mempunyai ruang yang mampu mempamerkan sehingga lima kenderaan. Di samping kawasan istirehat pelanggan, lengkap dengan kemudahan Wi-Fi dan minuman ringan.

Dilengkapi sepenuhnya dengan peralatan diagnostik dan Set Peralatan Khas (SST) bernilai RM600,000 yang diluluskan oleh Mitsubishi Motors Malaysia, pusat 3S itu dikendalikan oleh 20 tenaga kerja selepas jualan, servis, juruteknik dan perunding terlatih.

Pelancaran kemudahan itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MMM,  Tomoyuki Shinnishi dan Ketua Pengedaran Automotif, DRB-HICOM Berhad, Rohimie Shafie.

Bilik pameran dan jualan Pusat 3S Mitsubishi Bayan Lepas beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8.30 pagi hingga 5.45 petang.  Sementara pada Sabtu, Ahad dan cuti umum, ia beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.

Pusat selepas jualan pula hanya beroperasi dari hari Isnin hingga Sabtu mulai 8.30 pagi hingga 5.30 petang, tutup pada Ahad dan cuti umum.  Pusat 3S  itu turut menyediakan pengangkutan untuk para pelanggan  Mitsubishi yang berada dalam lingkungan radius 5km.

BACA: PANDU UJI MITSUBISHI TRITON ADVENTURE X – TRAK PIKAP MODEN UNTUK SEMUA

BACA: MITSUBISHI OUTLANDER KINI LEBIH MEWAH

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button