
YAMAHA R25 TAMPIL DENGAN DUA WARNA BARU – HARGA KEKAL RM20,630
Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) hari ini mengumumkan bahawa jentera supersports Yamaha YZF-R25 kini tampil dengan dua warna baru.
Warna biru (Racing Blue) dan hitam (Matte Black) yang hadir bersama grafik unik itu akan menggantikan warna R25 sedia ada yang akan dihentikan produksinya.
April tahun lalu, HLYM sudah pun menukar warna merah kepada warna biru dan hitam. Kali ini, cuma grafiknya sedikit berbeza.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2015, R25 sememangnya antara model supersports entry level yang terlaris di Malaysia. Pesaing terdekatnya sekarang ialah Kawasaki Ninja 250 dan KTM RC250.
R25 digerakkan oleh unit enjin parallel-twin dengan sistem penyejukan cecair dan empat injap pada setiap silinder. Enjin bersesaran 249cc itu mampu menjana kuasa sehingga 35.5hp pada 12,000rpm dan tork puncak 22.6Nm pada 10,000rpm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear enam kelajuan.
Biarpun dengan perubahan itu, harga R25 masih kekal sama iaitu RM20,630 seunit (tidak termsuk cukai jalan, insurans dan nombor plat). Jentera itu sudah berada di pasaran mulai hari ini.
BACA: R25 – SELAMATDATANGKELUARGA R!