Buletin

SATU LAGI PUSAT 3S PROTON DIBUKA. KALI INI DI TAWAU

Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd, (Fook Loi) secara rasmi membuka pusat 3S Proton baharu di Tawau.

Majlis telah dirasmikan oleh Edmund Lim Meng Thong, Ketua Jualan Proton dan Datuk Anthony Chu Nyuk Loi, Pengerusi Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd.

Cawangan ini merupakan yang keempat dibuka oleh Fook Loi. Selain Tawau, mereka turut mempunyai tiga cawangan yang lain di Sabah iaitu di Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Sandakan, di mana kesemua cawangan ini dibuka dalam tempoh kurang daripada 15 bulan.

Cawangan ini menawarkan pelanggan perkhidmatan jualan, servis dan jualan alat ganti. Pusat 3S ini mempunyai 10 ruang servis dan 4 pengangkat serta ruang yang mampu memuatkan sehingga 5 buah kereta di bilik pamerannya.

Bagi menambah lagi keselesaan pelanggan, cawangan ini turut menyediakan kemudahan seperti sudut kanak-kanak, ruang minuman, pengecas komputer riba dan Wi-Fi percuma.

Menurut Thomas Chiu Kui Yin, Pengarah Eksekutif Kumpulan Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd, “Kami berasa sangat gembira dan berbangga kerana telah mengembangkan perniagaan kami di Sabah. Hari demi hari, perniagaan kami semakin berjaya, dan keputusan kami untuk terus melabur dalam PROTON adalah satu keputusan perniagaan yang tepat”.

Setakat ini, PROTON mempunyai pusat 3S & 4S terbanyak beroperasi seluruh negara iaitu sebanyak 120 cawangan.

“Syarikat sentiasa ingin menyediakan perkhidmatan jualan dan servis yang terbaik kepada semua pelanggan, dan matlamat ini hanya mampu dicapai sekiranya Syarikat mempunyai cawangan yang mencukupi serta kakitangan jualan dan selepas jualan yang dilatih dengan baik.

“Dengan adanya cawangan-cawangan baharu dan dinaik taraf telah berjaya menarik minat pelanggan terhadap jenama Syarikat. Ini dapat dibuktikan melalui jualan Syarikat yang diraih iaitu melebihi 100,000 unit,
dengan peningkatan lebih 56% berbanding 2018.

Mazda CX30

“Pencapaian ini adalah luar biasa dan kami sangat berterima kasih kepada
semua pengedar dan kakitangan jualan Syarikat kerana telah memberikan usaha terbaik mereka,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Tags
Google ads
Back to top button