,
Buletin

DR LI DIANUGERAH TOKOH AUTOMOTIF 2019!

Apabila dianugerahkan sebagai Tokoh Automotif tahun 2019, Dr Li Chunrong menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Proton ketiga yang mendapat pengiktirafan itu.

Beliau memulakan perkhidmatan secara rasmi di Proton pada 1 Oktober 2017 dan sejak itu, beliau telah mengemudi Syarikat dan membawa perubahan yang luar biasa kepada PROTON.

Antara pencapaian yang dicatatkan PROTON baru-baru ini ialah jualan yang meningkat sebanyak 55.7% pada tahun 2019 iaitu sebanyak 100,821 unit, serta turut berjaya membuka 120 pusat 3S/4S di seluruh negara,

Beliau juga telah menjadikan Proton sebagai jenama automotif yang mempunyai pusat 3S/4S terbanyak di Malaysia.

Proton juga telah membuka kilang pengeluaran baharu di Tanjung Malim pada 2019 dan kembali mengaut keuntungan, yang meletakkannya di landasan yang betul untuk mencapai matlamat jangka panjang.

Google ads
Back to top button