
TAK PUAS HATI KUNCI YAMAHA RX-Z DIRAMPAS, MAT REMPIT PUKUL INSPEKTOR POLIS. DAH ADA YANG KENA KUTIP
Pasukan polis Terengganu dilapor sedang memburu beberapa orang mat rempit yang didakwa terlibat dalam insiden memukul seorang pegawainya berpangkat inspektor.
Pegawai yang merupakan ketua siasatan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun itu dipukul ketika menjalankan tugas dalam satu operasi mencegah lumba haram, kira-kita jam 6 petang semalam. Akibat dipukul, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan pipi.
Ketika kejadian, pegawai terbabit dikatakan menahan seorang lelaki berusia 23 tahun dan mencabut kunci Yamaha RX-Z bagi mengelakkannya daripada melarikan diri, sebelum membawa motosikal itu ke balai.
Tidak lama kemudian, sekumpulan mat rempit yang tidak berpuas hati datang untuk menuntut semula motosikal berkenaan. Kemudian berlaku sedikit salah faham dan kekecohan yang menyebabkan inspektor itu dipukul.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah memberitahu sebaik sahaja menerima maklumat, pihaknya telah menjalankan operasi mengesan kumpulan mat rempit terbabit. Polis kemudian berjaya menahan tiga orang suspek pada hari yang sama untuk membantu siasatan.
Justeru, polis kini giat mengesan saki baki kumpulan berkenaan dan mereka dipercayai masih berada di sekitar bandar Kuala Terengganu.
sumber: Astro Awani
- BACA: POLIS MANCHESTER CARI MAT REMPIT BUAT KACAU DI STESEN MINYAK
- BACA: BUAT KECOH DI PANTAI, MAT REMPIT KENA TERAJANG. MEMANG SESUAI SANGAT TU…
- BACA: KALAU POLIS JEPUN DAH PAKAI NISSAN GT-R, MANA MAT REMPIT NAK LARI?
- BACA: DISAMAN KERANA TIADA PARKIR MOTOR! AYUH BIKERS. BANGKIT DAN PERTAHANKAN HAK KITA!