Motosikal

RASMI: BMW M 1000 R COMPETITION TIBA DI MALAYSIA – RM219,500

BMW Motorrad Malaysia dengan rasminya melancarkan BMW M 1000 R Competition untuk pasaran tempatan menyertai M 1000 RR Competition yang telah pun lancar lebih awal sebelum ini. 

Menampilkan reka bentuk motosikal naked, jentera ini berkongsi platform empat silinder 999cc yang sama dengan M 1000 RR dan berupaya menjana 210hp pada 13,750rpm dan 113Nm pada 11,000rpm. 

BMW mendakwa M 1000 R ini mampu melakukan 0-100km/j dalam tempoh hanya 3.2 saat dan mampu mencapai kelajuan maksima lebih 250km/j. 

Antara pakej lain yang didatangkan secara standard termasuk M short-stroke throttle, Dynamic Traction Control (DTC), Riding Modes Pro (Rain, Road, Dynamic, Race, Race Pro 1, Race Pro 2 dan Race Pro 3), Cruise Control dan Gear Shift Assistant Pro (quickshifter). 

Selain itu, dengan M 1000 R Competition ini turut menyerlah dengan pakej komponen M termasuk brek, bateri, kit casis, ekzos, pelana dan sistem anti-kecurian. Kesemuanya meningkatkan lagi tahap keselesaan dan ciri praktikal. 

Bagi pasaran tempatan, BMW M 1000 R Competition ini boleh dimiliki dengan harga jualan RM219,500

Google ads
Back to top button