
NUNA DAN BMW JALIN KERJASAMA EKSKLUSIF: PERKENALKAN SIRI STROLLER DAN AKSESORI, HARGA STROLLER BERMULA RM2,699
Dua nama besar dari dunia berbeza, Nuna dan BMW, kini bersatu dalam sebuah kolaborasi yang menekankan kesempurnaan rekaan, kualiti premium dan gaya hidup.
Kerjasama ini bukan sekadar gabungan dua jenama, tetapi satu penyatuan falsafah terhadap inovasi dan estetika, hasilnya, koleksi kelengkapan bayi yang direka dengan ketelitian dan inspirasi dunia automotif.
Dikenali sebagai pakar dalam bidang masing-masing, Nuna membawa kecekapan dalam mereka bentuk kelengkapan bayi berkualiti tinggi, manakala BMW pula sinonim dengan kejuruteraan Jerman yang unggul.

Melalui kerjasama ini, kedua-dua jenama memperkenalkan siri stroller dan aksesori yang tampil bukan sahaja praktikal, malah elegan, menyasar golongan ibu bapa moden yang menghargai gabungan fungsi dan gaya.
Setiap rekaan dalam koleksi ini memperlihatkan sentuhan BMW, daripada corak fabrik hinggalah kepada rekaan rim roda stroller yang menyerupai tayar kenderaan mewah.
Ia turut menampilkan perincian logo BMW dan kemasan kulit eksklusif, menonjolkan rasa mewah yang halus serta keselesaan tidak berkompromi.

Tiga model stroller ditawarkan dalam siri ini:
- MIXX next (Warna Element)
Dibalut warna hitam karbon dengan aksen kulit coklat, fabrik dihiasi corak BMW Trinity dan logo BMW. - TRIV next (Warna Graphene)
Hadir dalam kelabu grafit dengan sentuhan kulit hitam dan reka bentuk minimalis. - TRVL lx (Warna Mica)
Dengan nuansa beige lembut, stroller ini tampil menarik, dilengkapi corak BMW Crystal dan kemasan kulit coklat.
Turut melengkapi koleksi ini ialah beg Essential (Warna Element) – aksesori bergaya dengan lencana logam BMW, ditambah fungsi pouch alat mandian boleh tanggal.
Harga bagi stroller bermula dari RM 2,699, dan koleksi ini boleh didapati di bilik pameran Nuna Malaysia di Subang Jaya, pengedar rasmi BMW terpilih serta peruncit eksklusif.
Untuk maklumat lanjut, layari www.supremeglobal.com.my.





- BACA: TOYOTA CATAT JUALAN 8,877 UNIT JULAI 2025. TAWAR PENJIMATAN SEHINGGA RM8K SEMPENA MERDEKA!
- BACA: INI HELMET OPEN-FACE TERBAIK PERNAH GIVI HASILKAN DI MALAYSIA
- BACA: TERKINI: QJMOTOR ATX250X GANTI ATR175 – ENJIN 250CC, HARGA BAWAH RM15K
- BACA: MALAYSIA PASARAN PALING BERJAYA UNTUK MG CYBERSTER DI ASIA & OCEANIA







