Motosikal

BMW M 1000 RR COMPETITION KINI DI MALAYSIA – RM299,500

Segmen superbike di Malaysia kini dimeriahkan dengan ketibaan BMW M 1000 RR Competition yang hadir dengan harga jualan RM299,500. 

Model terbaru ini tampil dengan fairing depan yang telah direka semula termasuk penghadang angin bagi membentuk tahap aerodinamik yang lebih efisien. 

Sementara itu, bahagian winglet juga dipertingkat dengan M Winglets 3.0 jenis gentian karbin yang berupaya menjana downforce sebanyak 30kg pada 300km/j. Menariknya, pakej aero baharu ini langsung tidak menjejaskan top speed yang kekal pada 314km/j. BMW mendakwa jentera ini juga  hanya memerlukan 3.1 saat bagi bergerak dari 0 hingga 100km/j. 

Atas kertas, M 1000 RR Competition terbaru ini digerakkan enjin empat silinder 999cc yang berupaya menjana 218hp pada 14,500rpm dan 113Nm pada 11,000rpm. Menariknya model ini menawarkan peningkatan 6hp berbanding model sebelumnya. 

Antara naik taraf dilakukan termasuk menala semula cylonder head dan membentuk semula combustion chamber (kebuk pembakaran) bagi meningkatkan aliran udara dan pembakaran. 

Selain itu, jentera ini juga dilengkapi dengan throttle valve 52mm bertujuan meningkatkan tahap responsif enjin. Hasilnya, enjin ini mampu mengekalkan kelajuan puncak pada 14,500rpm. Meskipun pelbagai naik taraf dilakukan namun enjin ini masih lagi mencapai standard emisi Euro 5+/ 

BMW Motorrad turut melengkapkan M 1000 RR Competition ini dengan pakej elektronik premium antaranya Slide Control,  Brake Slide Assist dan empat Ride Mode yang terdiri dari Rain, Road, Dynamic dan Race. Keempat mod ini juga hadir dengan profil DTC (Dynamic Traction Control) tersendiri. 

Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan tiga mod Race Pro yang membenarkan penunggang membuat tetapan bagi respon throttle, engine braking, traction control dan wheelie control. 

Google ads
Back to top button