
YAMAHA YZF-R7 2026 TERIMA ELEKTRONIK R1 – 6-AXIS IMU, Y-CCT
Yamaha menyuntik naik taraf singnifikan pada Yamaha YZF-R7 bagi tahun 2026 sekaligus menjadikan motosikal segmen supersport itu lebih dinamik.
Bagaimanapun, R7 baharu ini bukan hanya mendapat elektronik baharu malah beberapa aspek penting turut dikemas kini. Model baharu ini turut dipamerkan di EICMA 2025 baru-baru ini di Milan, Itali.

Pertamanya, R7 2026 lebih aerodinamik disumbangkan dengan kerangka yang telah dinaik taraf, suspensi boleh laras sepenuhnya dan rim SpinForged yang lebih ringan serta dipadankan bersama Bridgestone S23.

Dalam pada itu, R7 ini masih lagi dikuasakan enjin CP2 689cc DOHC yang berupaya menjana 72.4hp pada 8,750rpm dan 68Nm pada 6,500rpm. Namun, perkembangan terbesar terarah pada elektronik dengan R7 kini didatangkan dengan 6-axis IMU yang dipinjamkan dari R1.

Pakej tersebut merangkumi traction control, slide control, anti-wheelie, engine brake management, brake control dan launch control. Tidak cukup dengan itu, enjin CP2 682cc itu kini dikawal selia throttle elektronik Y-CCT.

Posisi menunggang juga lebih selesa dengan tempat duduk diturunkan sedikit dan dipadankan dengan footpeg R1. Motosikal ini juga boleh disambungkan ke aplikasi Y-TRAC Rev yang merekod data telemetri dan boleh berkomunikasi dengan penunggang menerusi papan Virtual Pit.

Dalam pada itu, Yamaha turut memperkenalkan R7 ini dengan livery 70th Anniversary.
GALERI: YAMAHA YZF-R7 2026
























