BuletinMotosikal

RASMI: TOPRAK RAZGATLIOGLU KE MOTOGP MUSIM 2026

Berita yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabola Toprak Razgatlioglu disahkan akan beraksi di MotoGP musim 2026. 

Dua kali juara dunia WSBK itu sah akan bertanding di MotoGP selepas menandatangani kontrak dua tahun bersama Prima Pramac Yamaha. 

Desas-desus mengenai penghijrahan Toprak ke kancah MotoGP sudah bertiup lama terutamanya selepas menghadiahkan kejuaraaan dunia WSBK pada 2021 bersama Yamaha dan kemudian pada 2024 bersama BMW.

Walaupun menyertai pasukan satelit Yamaha namun Toprak akan mendapat sokongan kilang sekaligus akan bersaing dengan jentera YZR-M1 yang sama diguna pakai Fabio Quartararo.

“Kami teruja kerana kembalinya Toprak ke keluarga Yamaha. Penghijrahan ke MotoGP merupakan cabaran yang mengujakan buat kali. 

“Kami percaya tahun 2026 adalah masa yang tepat untuk mengorak langkah ini dan memenuhi harapan peminat,” kelas Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing, Paolo Pavesio. 

Google ads
Back to top button