
REDLINE FITNESS GAMES POWERED BY NISSAN JALIN KERJASAMA DENGAN RAKAN MUDA
REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN baru-baru ini telah menjalinkan kerjasama dengan Rakan Muda — satu inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan — untuk mendorong warga Malaysia ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan aktif.
Inisiatif ini disaksikan oleh Yang Berhormat Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, pada Hari Belia Negara tahun ini.
Di majlis pelancaran kerjasama tersebut pada Hari Belia Negara, REDLINE dan Rakan Muda memperkenalkan beberapa siri pertandingan kecergasan interaktif dan sesi motivasi yang dipimpin oleh pakar-pakar kecergasan terkemuka.

Menurutnya, aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk menginspirasi peserta muda agar mengamalkan gaya hidup lebih aktif dan menjadi asas bagi inisiatif yang sedang dilaksanakan.
Tambahnya lagi, ia juga menjadikan aktiviti kecergasan dan kesejahteraan dapat dinikmati oleh semua golongan belia, tanpa mengira latar belakang sosio-ekonomi mereka.
Bagi menyemarakkan lagi inisiatif ini, NISSAN turut mengumumkan satu berita yang mengujakan untuk acara utamanya pada bulan Julai: hadiah sebuah kereta NISSAN Navara Pickup Truck!
Pengumuman ini berikutan sebuah kempen media sosial yang berhasil meraih lebih dari 1,000 perkongsian dalam tempoh tujuh hari sahaja.

Seperti tahun sebelumnya, hadiah utama ini bertujuan untuk mendorong warga Malaysia agar meneruskan latihan dan meningkatkan tahap kecergasan mereka.
Selain itu, REDLINE dan NISSAN turut bekerjasama dengan Sokong untuk membantu Yayasan Chow Kit, sebuah pusat krisis 24 jam yang juga bertindak sebagai persinggahan bagi kanak- kanak dan remaja berisiko.
Ini adalah sebahagian daripada inisiatif penting mereka untuk memupuk perubahan dalam masyarakat serta meningkatkan tahap kecergasan di kalangan belia.
REDLINE akan meneruskan inisiatif ini pada acara utama mereka pada 13 dan 14 Julai 2024, sebagai komitmen berterusan dalam memberikan impak positif kepada masyarakat.
REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN dijangka menjadi pertandingan kecergasan terbesar dalam sejarah Asia Tenggara, menyediakan peluang menarik bagi para peminat gim dan kecergasan di seluruh rantau ini.





