Motosikal

MOTOGP: 8 KALI JUARA DUNIA MARC MARQUEZ SERTAI DUCATI 

Lapan kali juara dunia, Marc Marquez secara rasmi diumumkan sebagai pelumba kilang Ducati bermula musim 2025. 

Marquez – yang ketika ini bersama Gresini Racing – akan bersama pasukan Ducati sehingga musim 2026 setelah menandatangani kontrak dua tahun. 

Marquez akan menggantikan Enea Bastianini sebaik musim 2024 berakhir dan akan bergandingan dengan pertahan juara, Francesco Bagnaia. 

“Saya sangat gembira kerana dapat menyarung warna merah di MotoGP musim depan. Saya cukup teruja sejak kali pertama menunggang jentera Desmosedici GP dan berjaya menyesuaikan diri dalam tempoh singkat. 

“Dari situ, saya tahu sasaran utama adalah meneruskan jalan ini dan berpindah ke pasukan yang menjadikan Francesco Bagnaia juara dunia bagi dua tahun berturut-turut,” jelas Marquez. 

Dalam pada itu, Enea Bastianini dijangka akan menyertai pasukan Tech3 seperti yang disahkan pengurusnya, Carlo Pernat, baru-baru ini. 

Google ads
Back to top button