Motosikal

RED BULL MALAYSIA JALIN KERJASAMA DENGAN PETRONAS SPRINTA YAMAHA DI CUB PRIX

Red Bull Malaysia melakar kejutan apabila mengumumkan kerjasama dengan PETRONAS Srpinta Yamaha Racing Team. 

Minuman tenaga no.1 di Malaysia telah menandatangani kerjasama dengan tiga pasukan di bawah payun PETRONAS Sprinta Yamaha Racing termasuk PETRONAS Sprinta Yamaha 31 Racing, PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ dan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor. 

Menurut Red Bull Malaysia dalam satu kenyataan, kerjasama itu selarai dengan usaha Red Bull untuk menyumbang kepada pembangunan bakat muda sukan permotoran di negara ini. 

“Di Red Bull kami bukan saja memfokuskan beri tenaga pada badan malah menyemai semangat setiap individu yang berani mencapai segala kemungkinan. 

“Kerjasama dengan PETRONAS Sprinta Yamaha Racing Team bukan sekadar menayangkan logo tetapi membuktikan komitmen bersama untuk mencapai kejayaan,” jelas Pengarah Bersama TCP Red Bull Malaysia, Andy Lee, menyifatkan jenama minum

Dalam pada itu, Red Bull Malaysia turut mengumumkan peraduan istimewa dengan dua pemenang terpilih berpeluang memenangi motosikal Yamaha Y15ZR edisi terhad yang telah ditanda tangani pelumba dari PETRONAS Sprinta Yamaha Racing. 

Maklumat lanjut akan disiarkan di laman media sosial Red Bull atau layari laman web rasmi. 

Google ads
Back to top button