" "
Buletin

CHERY AUTO MALAYSIA LANCAR BILIK PAMERAN BAHARU DI NILAI

Chery Auto Malaysia memperkenalkan bilik pameran Chery baharu dan pusat servis di Negeri Sembilan, dimiliki dan dikendalikan oleh rakan kongsi peniaga SS Mobile Sdn Bhd.

Terletak di PT 10848, Jalan Desa Cempaka, Taman Desa Cempaka, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, pusat 3S baharu berkeluasan 310 meter persegi itu menawarkan pengalaman komprehensif dalam perkhidmatan pelanggan, serta penyelenggaraan.

Pelanggan boleh melihat barisan penuh kenderaan Chery di bilik pameran, dan merasai ruang istirahat pelanggan, pusat perkhidmatan serta bengkel.

Sudah tentu, pusat servis ini juga menawarkan perkhidmatan terbaik yang dikendalikan oleh juruteknik terlatih Chery.

Bilik pameran dibuka setiap hari – dari 9 pagi hingga 6 petang (Isnin – Ahad dan Cuti Umum). Manakala pusat servis dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang (Isnin – Jumaat) dan dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari (Sabtu).

Untuk makluman, bilik pameran hanya akan ditutup pada hari Ahad dan Cuti Umum.

Untuk senarai terkini pengedar Chery di Malaysia, sila layari https://www.chery.my/dealer-locator/

Untuk maklumat mengenai rangkaian penuh kenderaan Chery, layari www.chery.my.  

Google ads
Back to top button