Buletin

REDLINE FITNESS GAMES POWERED BY NISSAN BERLANGSUNG PADA 23 DAN 24 SEPTEMBER – MENGALUKAN PESERTA DARI SEMUA LATAR BELAKANG

Acara ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat gim dan kecergasan, REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN kini bakal dilangsungkan pada 23 dan 24 September di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC).

Acara kecergasan ini adalah bertujuan untuk memberi inspirasi, motivasi dan menyemarakkan semangat ke arah Asia Tenggara yang lebih cergas dan sihat.

REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN mengalu-alukan peserta dari semua latar belakang dan menjamin pengalaman yang menarik dan mencabar.

REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN menggabungkan kursus senaman yang dibina daripada 12 stesen kecergasan fungsian unik, bertujuan melibatkan dan mencabar pesaing dalam pelbagai aspek kecergasan, termasuk kardio, kekuatan, daya tahan, kuasa, ketangkasan, imbangan, koordinasi serta fleksibiliti.

Tunggu apa lagi? Anda boleh mendaftar di www.redlinefitnessgames.com

REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN direka untuk menjadi inklusif dan mengalu-alukan peserta dari semua tahap kecergasan, tidak kira tahap pengalaman anda, sama ada anda seorang ahli profesional atau peserta yang baru sahaja memulakan perjalanan anda ke arah kecergasan.

Inilah masanya untuk mencari motivasi menjadi lebih cergas dan sihat berbanding sebelum ini.

Google ads
Back to top button