Buletin

RENAULT MEGANE RS 265 TROPHY EDITION

Anak syarikat Tan Chong Motor Holdings yang juga pengedar sah kenderaan Renault di Malaysia, TC Euro Cars Sdn Bhd, (TCEC) baru-baru ini memperkenalkan penambahan baharu dalam rangkaian produknya iaitu Renault Mégane RS 265 Trophy Edition. 

Harus tahu bahawa Renault Mégane RS 265 Trophy Edition ialah kereta pacuan hadapan paling pantas di dunia ketika diuji di litar Nürburgring, Jerman dengan catatan masa 8 minit 8 saat.

Renault-Sport-Megane-RS-Trophy-car

Jentera itu memadamkan rekod sebelum ini yang dipegang oleh Mégane R26.R dengan catatan masa 8 minit 17 saat. Justeru, Renault Mégane RS 265 Trophy Edition  dibina sebagai tribute terhadap pencapaian tersebut.

Ia dijana oleh unit enjin 2.0 liter berkuasa 265hp dan tork puncak 360Nm yang kemudiannya dialihkan ke roda hadapan menerusi transmisi manual enam kelajuan. Prestasi dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dapat dilakukan dalam tempoh enam saat sahaja. Sementara kelajuan maksimumnya adalah 250km/j.  

IMG_6236

Edisi ini tampil unik dengan warna kuning Sirius Yellow Metallic ID. Selain itu, ia dipasang dengan rim aloi berwarna hitam bersaiz 19 inci bersama garisan merah dan dibalut oleh tayar Bridgestone Potenza RE050A berprestasi tinggi.

Tayar ini menawarkan kualiti cengkaman lebih baik berbanding tayar yang dipasang pada model Mégane RS 265 Cup. Ini merupakan spesifikasi sama ketika jentera tersebut mencipta rekod di litar Nürburgring pada tahun 2011.

6renaultmegane265trophy2011carreview

Bukan itu sahaja, model tersebut turut ditampal dengan plak nombor siri bagi membuktikan bahawa ia merupakan model edisi istimewa.

Komponen-komponen yang digunakan untuk mencipta rekod turut diaplikasikan pada Renault Mégane RS 265 Trophy Edition. Antaranya ialah Cup Chassis, Mechanical Limited Slip Differential, brek Brembo dan Perfohub (talaan suspensi hadapan Independent Steering Axis untuk menghapuskan masalah torque steer).

IMG_6206

Pada ruang kabin, ia menempatkan tempat duduk jenama Recaro, kemasan berwarna kuning serta paparan RS monitor. Anda boleh memiliki jentara hebat ini pada harga RM244,252 (di atas jalan tidak termasuk insurans).

[hr] Galeri

 170611-a-renIMG_6182renault_megane_rs_trophy_15

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button