Motosikal

CFMOTO DAN BREMBO METERAI KERJASAMA JANGKA PANJANG

Jenama brek terkemuka dunia, Brembo, akan memainkan peranan besar dalam perkembangan motosikal CFMOTO setelah kedua-dua pihak memeterai kerjasama strategik di Hangzhou, China. 

Menurut CFMOTO dalam satu kenyataan, Brembo akan terlibat membangunkan sistem brek untuk motosikal bersaiz pertengahan dan ke atas di samping memperluaskan kerjasama tersebut dalam inovasi teknologi, perlumbaan dan pembangunan jenama. 

CFMOTO dan Brembo mengharapkan kerjasama strategik ini akan menyumbangkan dalam penghasilan produk yang lebih berprestasi tinggi dan menawarkan kawalan yang jitu.

Difahamkan, perbincangan kedua-dua pihak telah berlangsung dengan jayanya di Hangzhou. 

Dalam pada itu, kerjasama strategik ini juga akan menyaksikan Brembo terlibat dalam peringkat awal R&D (penyelidikan dan pembangunan) motosikal CFMOTO. Menerusi kaedah ini, sistem brek dibangunkan kelak dapat memenuhi keperluan setiap model berbeza. 

Sementara itu, CFMOTO juga memaklumkan bahawa kerjasama ini akan turut menyokong penggunaan meluas teknologi brek yang diadaptasi dari pentas perlumbaan pada motosikal berkapasiti tinggi. 

Menariknya, Brembo turut menjadi rakan strategik bagi CFMOTO Talent Project sekaligus terlibat secara langsung dalam pencarian bakat muda perlumbaan dari China.

Google ads
Back to top button