Buletin

TERKINI: BREMBO BELI ÖHLINS, BELANJA RM1.9 BILION

Dalam satu perkembangan mengejut, pengeluar brek gergasi dunia, Brembo telah mengumumkan persetujuan pembelian syarikat teknologi suspensi, Öhlins Racing dengan harga USD405 juta (RM1.9 bilion). 

Brembo dalam satu kenyataan mendedahkan bahawa Öhlins akan diambil alih sepenuhnya dari Teneco. 

Pengerusi Eksekutif Brembo, Matteo Tiraboschi berkata Öhlins merupakan caloan tepat yang dapat membantu perkembang tawaran dalam pasaran automotif. 

“Dengan pengambilalihan ini, kami mengorak langkah strategik baharu dalam menawarkan penyelesain sepadu kepada pelanggan kami dengan memanfaatkan sinergi baharu ini,” ujarnya. 

Difahamkan, Brembo berjaya mengumpulkan dana dengan menjual 5.6 peratus pengangan saham di dalam pengeluar tayar Pirelli PIRC bernilai EUR280 juta (RM1.39bil) awal bulan ini. 

Dalam pada itu, Brembo juga mendedahkan bahawa Öhlins Racing komited dalam membangunkan teknologi suspensi generai terbaru bagi kegunaan litar dan jalan raya sekaligus memperkukuh misi Brembo dalam menjadi penyelesain utama dalam masa depan mobiliti. 

Google ads
Back to top button