
FREEDOM RIDERS ASIA
Penunggang motosikal terkenal, Charley Boorman kini muncul di kaca TV Asia menerusi pelancaran program Freedom Riders Asia. Freedom Riders Asia merupakan siri jelajah kembara melibatkan enam episod yang meraikan penjelajahan manusia dan motosikalnya ke enam buah negara di Asia.
Episod pertama telah dirakam di Malaysia dan mula disiarkan di saluran STAR Sport semalam (Ahad, 19 Mei 2013) pada pukul 9.00 malam (waktu Hong Kong).
Program ini diilham dan dibangunkan oleh FOX One Stop Media dengan kerjasama jenama pelincir motosikal global Shell Advance. Ia bakal menyaksikan Boorman menjelajah Malaysia, Indonesia, India, Vietnam, Thailand dan Filipina.
Daripada aktiviti memetik daun teh di ladang lereng bukit di India kepada meluncur ombak besar di pantai pasir hitam Bali, Boorman beramah mesra dengan kelompok penunggang motosikal tempatan. Pendek kata, Boorman menyelami budaya bermotosikal yang unik di setiap negara dan menyingkap pelbagai perkara yang tidak diduga dalam setiap episod,
Dalam episod pertama di Malaysia, penonton akan menyaksikan Boorman menghayati peranan penting yang dimainkan oleh motosikal dalam kehidupan harian masyarakat setempat. Selain menyahut cabaran seorang personaliti motosikal tempatan untuk mempertahankan reputasinya!
“Ini adalah sebahagian daripada usaha Shell Advance memperkasakan para penunggang untuk mengalami kebebasan menunggang di jalan raya setiap hari. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada FOX atas kerjasama hebat ini. Tidak dilupakan, semua pihak yang terlibat menjayakan rancangan ini!” kata Pengurus Jenama Global, Shell Advance, Kar-Tai Koh.
Naib Presiden Kanan, Jualan Pengiklanan dan Perkongsian, Asia Pasifik & Asia Barat, FOX One Stop Media Simeon Dawes pula menyatakan bahawa salah satu objektif rancangan unik ini adalah untuk memaparkan kepelbagaian budaya bermotosikal di Asia.
Jadual siaran* Freedom Riders Asia adalah seperti berikut:
Episod | Tarikh | STAR Sports (Asia Tenggara) Waktu HK | |
Ep 1 | Malaysia | 19 Mei | 21:00 |
Ep 2 | Filipina | 25 Mei | 21:30 |
Ep 3 | Indonesia | 2 Jun | 21:00 |
Ep 4 | India | 9 Jun | 20:00 |
Ep 5 | Vietnam | 16 Jun | 21:00 |
Ep 6 | Thailand | 23 Jun | 21:00 |
*terdapat tiga siaran ulangan untuk setiap episod. Sila layari http://tv.foxsportsasia.com/ untuk jadual siaran ulangan.
Di laman YouTube Shell Advance pula, (http://www.youtube.com/user/shelladvance) anda boleh mendapat kandungan eksklusif seperti sedutan menarik di belakang tabir dan menonton kembali mana-mana episod yang tertinggal.
Bagi mencapai lebih ramai penonton yang meliputi demografi dan genre berbeza, Freedom Riders Asia kini dipromosikan secara meluas di semua rangkaian Fox International Channels di Asia seperti FOX, National Geographic dan FX.