
REPLIKA TOYOTA SUPRA FAST & FURIOUS YANG MAMPU MEMBANGKITKAN NOSTALGIA ZAMAN MUDA
Dalam satu adegan filem Fast & Furious, Paul Walker pernah bertanya tentang harga sebuah Ferrari kepada seorang mamat kerek yang berada di sebelah Toyota Supra dipandunya ketika berada di lampu isyarat. Kemudian selepas beberapa tahun berlalu siapa sangka nilai Supra oren tersebut telah melonjak naik dan mengatasi nilai Ferrari hitam mamat kerek tu.

Supra yang dipandu oleh Walker telah menjadi sebuah kereta ikonik filem dan berjaya dijual dengan harga USD185,000 (RM788,840) pada tahun 2015. Ia telah dijual oleh Mecum Auctions lengkap dengan enjin NA sebaris enam pelbagai aksesori naik taraf seperti sistem suspensi perlumbaan dan roll cage. Apa? Enjin NA je. Dalam wayang nampak dahsyat gila. Well, jangan percaya sangat dengan semua benda dalam filem okey.
Jadi kepada sesiapa yang berangan nak jadi macam Brian dan Dom, jangan bimbang sebab sekarang ni ada alternatif lain dengan kos yang jauh lebih murah. Satu replika kereta yang sama kini muncul untuk dijual dengan harga USD38,000 (RM162,032). Murah la kalau banding dengan yang original.

Kereta ni dah macam salinan fotostat dan kini berada di UK. Ia mempunyai rupa paras yang 100 peratus sama dengan model filem dan menurut Platinum Car Sales, ejen jualan kereta ini, proses modifikasinya mengambil masa lebih setahun untuk disiapkan.
Warnanya memang sama dengan model asal dari filem FF, Candy Pearl Orange Metallic Lamborghini Diablo. Semua pelekat juga sama seperti dalam filem termasuklah pelekat-pelekat penaja seperti Nos dan Stillen. Bodykitnya pula adalah daripada Bomex. Ini bukan fiber glass cap ayam okey.

GT wing gergasi semestinya adalah aksesori wajib dan ia juga menggunakan rim dengan 5-jejari yang sama dengan Supra Brian O’Conner. Nak lebih detail lagi. Nombor pendaftaran asal California pun turut dikekalkan tapi dah sah-sah la ia tidak sah digunakan.
Okey itu aspek luaran. Dalamannya pula tidaklah sehebat mana sebab sekali tengok dah macam buatan kedai aksesori Ah Abeng pula. Teruk betul pilihan warnanya dengan kemasan tempat duduk warna putih dan oren.
Dah la papan pemuka warna hitam dengan trimming oren dah tu ditambah pulak dengan roda stereng warna perak. Adoi nyer, punah terus mood nak masuk bidding. Tong Nos pun ada tapi tak tahulah berfungsi ke tak.



Berbeza dengan Supra dalam adegan filem yang berkuasa gila babas, Supra ini cuma mempunyai ejen NA enam selinder bajet yang hanya mampu menghasilkan 223 hp kuasa. Namun syukurlah kerana ia mempunyai kotak gear manual. Eh, tapi siapa peduli semua tu.
Pasang tinted paling gelap, bawak jalan dalam pekan masa pasar minggu okey apa.
Trivia: Perasan tak korang dua-dua kereta tu ada orang botak kat dalam?