Buletin

NISSAN SKYLINE R34 GT-R DIPANDU OLEH PAUL WALKER TERJUAL PADA HARGA LEBIH RM6 JUTA

Nissan Skyline R34 GT-R yang dipandu oleh Paul Walker dalam Fast and Furious baru sahaja dijual dengan harga AS$1,357,000 (RM6,023,044).

Kereta itu direka oleh mendiang Paul Walker sendiri, telah dijual melalui Bonhams pada hujung minggu lalu.

Meskipun ada beberapa pertikaian mengenai harga, namun ia mempunyai sebab kukuh kenapa diletakkan harga begitu tinggi, bahkan lebih mahal, lebih kurang sejuta dolar (RM4.4 juta) berbanding di pasaran terpakai.

Sebagai permulaan, Nissan Skyline R34 GT-R adalah salah satu daripada sejarah automotif dan sinematik paling ikonik di dunia.

Kereta ini membintangi Fast and Furious 4, di mana Brian O’Conner memilihnya untuk perlumbaan jalanan berisiko tinggi sebelum diletupkan di sempadan Mexico.

Walau bagaimanapun, kereta dilihat terbakar itu hanyalah sebuah replika.

Apa yang menjadikan kereta ini lebih istimewa ialah sejauh mana ia diubah suai seperti diinginkan oleh Paul Walker.

Untuk rekod, Nissan Skyline R34 GT-R berjaya diubah suai oleh Kaizo Industries, menampilkan peningkatan kosmetik selain, ciri mekanikal.

Dari segi kuasa, Nissan Skyline R34 GT-R dikuasakan oleh enjin 2.6 liter twin-turbo straight-six dengan penambahan intercooler baharu.

Terdahulu, kereta itu dipamerkan di Munich Motorworld sejak beberapa tahun lalu sebelum dijual kepada pembida tertinggi.

Google ads
Back to top button