Artikel Pilihan

PELUANG PANDU TOYOTA SUPRA KLASIK UNTUK PENYEWA HOTEL FUJI SPEEDWAY – KE JEPUN KITA JOM

Jika anda merancang untuk melawat Fuji Speedway dalam jangka masa terdekat jangan lupa untuk menjengah Supra Winter Festival. Program ini menawarkan peluang kepada penyewa hotel Fuji Speedway untuk memandu Toyota Supra sepanjang penginapan mereka.

Ia sebenarnya bertujuan untuk mempromosikan Supra baharu kepada mereka yang berkemampuan sebab ia ditawarkan untuk mereka yang menginap di suite yang mahal. Terdapat juga beberapa slot di mana penyewa boleh memilih untuk memandu Supra klasik.

Bermula dari 15 Januari sehingga 30 Jun 2024, penyewa hotel tersebut berpeluang memandu GR Supra yang disediakan khas untuk penyewa hotel tersebut. Mereka boleh memilih sama ada ingin memandu varian manual ataupun automatic dan boleh memandunya selama satu jam untuk setiap slot. Memang best la sebab boleh memandu GR Supra di sekitar gunung Fuji yang mempunyai latar belakang pemandangan yang sangat indah.

Tapi kena ingat, kereta-kereta ini hanya ditawarkan kepada penyewa unit-unit suite dan villa. Ye lah, kalau korang macam kami yang asyik sewa bilik paling murah kat hotel bajet memang tak adanya mampu nak beli Supra tu.

Ada juga minuman yang dinamakan GR Supra yang disediakan kepada penyewa hotel di bar. Bagi orang Islam jangan pula gatal-gatal nak order walaupun minat sangat dengan Supra. Itu bukan the o beng ataupun sirap bandung macam yang korang selalu minum tu.

Kalau nak merasa memandu Supra klasik, korang kena menginap dari 21-22 Januari sebab pada hujung minggu tersebut Toyota akan menyediakan tiga buah kereta istimewa; tiga buah Supra klasik yang sudah siap menjalani proses restorasi. Bila lagi nak berangan jadi Brian O’Conner kan?

Cuma satu kami nak pesan, sebelum berangan untuk memandu kereta-kereta ini, korang mesti mempunyai lesen memandu Jepun yang sah. Susah jugak kan? Ingat asal banyak duit semua boleh kawtim. Tak boleh tuan-tuan. Peraturan dan undang-undang mesti sentiasa dipatuhi.

Google ads
Back to top button