BuletinMotosikal

SATU LAGI KEDAI MEGA KAWASAKI DIBUKA DI KLANG

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 62 hari ini, Kawasaki Malaysia telah  merasmikan satu lagi pengedar mega mereka di bawah konsep kedai ninja atau dikenali sebagai Kawasaki Ninja Shop.

Seperti biasa, kedainya mesti warna hijau ikonik Kawasaki dan premis terbaru ini terletak di bandar Klang untuk memenuhi keperluan permintaan di bahagian Wilayah Tengah.

Kedai ini dimiliki oleh Wah Motor Superbikes yang turut menampilkan pusat servis eksklusif yang dikenali sebagai Kawasaki Kawasaki Exclusive Service Centre (KESC).

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahmad Faez Tan Sri Yahaya, Pengerusi Eksekutif, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd diiringi oleh Lee Chee Hoong, Pengarah Urusan, Wah Motor Superbikes, Justyne Heng,
Pengarah Wah Motor, Wee Hong, Pengerusi Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia serta Dato’ Jeffrey Lim, Pengarah Urusan Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd.

GALERI

Google ads
Back to top button