BuletinMotosikal

KAWASAKI PERKENALKAN NINJA H2 DAN H2R 2018 – PRE ORDER SAJA TAU

Kawasaki telah mengumumkan yang mereka sudah bersedia untuk menghasilkan Ninja H2R, Ninja H2 Carbon dan Ninja H2 2018. Varian model H2 ini merupakan hasil kerja keras para jurutera Kawasaki yang bertungkus lumus dalam menghasilkan motosikal terlaju di dunia. Ia memang cukup sesuai dengan tagline yang diberikan kepadanya iaitu “Built Beyond Belief”.

H2 bukan hanya sebuah motosikal yang sah digunakan di atas jalan raya tetapi ia juga selamat digunakan di atas permukaan jalan raya. Ia menggunakan teknologi yang dipinjam daripada model H2R tetapi dilaraskan agar sesuai untuk kegunaan di atas jalan raya tetapi masih kekal lincah serta berkuasa.

Kawasaki juga memperkenalkan H2 edisi Carbon pada tahun 2017. Ia merupakan varian H2 yang dinaiktaraf dengan beberapa ciri tambahan yang membezakannya dengan H2 standard. Kini untuk tahun 2018 Kawasaki turut menawarkannya dalam line up mereka.

Kesemua tiga varian berkongsi komponen berteknologi tinggi termasuklah enjin 998 cc sebaris empat, sistem supercharger, kerangka trellis, dimensi kompak, lengan hayun tunggal, brek Brembo berprestasi tinggi dan macam-macam lagi.

Cara Menempah

Kawasaki Ninja H2R merupakan sebuah model edisi terhad yang sebenarnya dan ditawarkan di pasaran negara tertentu sahaja. Untuk menempah motosikal produksi paling laju di dunia ini anda perlu mengisi borang dan membuat bayaran deposit di cawangan pengedar Kawasaki berdekatan bermula 1 September 2017 sehinggalah 30 November 2017. Layanan berdasarkan siapa cepat dia dapat dan mesti disertakan dengan deposit.

Kedua model lagi pun perlu melalui proses yang sama. Isi borang dan bayar deposit. Janji mulut mana boleh lo. Untuk maklumat tentang pengedar Kawasaki terdekat dengan anda, sila lawati www.kawasaki.com.

GALERI:

Google ads
Back to top button