Motosikal

KAWASAKI NINJA 250 FACELIFT DIKATAKAN MASIH MENGGUNAKAN ENJIN 2-SELINDER

Ini merupakan lanjutan kepada antara model 250cc paling menarik menarik untuk tahun 2018, Ninja 250 Facelift. Selain kategori 150cc, kategori 250cc juga turut menjadi medan pengeluar motosikal bersaing sesama sendiri. Paling ketara ialah persaingan antara Yamaha, Honda dan Kawasaki.

Bagi peminat Kawasaki yang mengharapkan Ninja 250 baru hadir dengan enjin 4-selinder, lupakan dulu hasrat tersebut kerana berdasarkan info dari majalah Young Machine Jepun menyatakan yang Ninja 250 baru tersebut masih akan menggunakan enjin 2-selinder. Tetapi khabar baiknya pula ialah ia tetap dilengkapkan dengan pelbagai ciri naik taraf lain.

Majalah tersebut juga menyatakan yang Ninja 250 Facelift tersebut bakal mempunyai banyak persamaan dengan Ninja 400 baru. Rupa parasnya juga dikatakan seakan-akan sama dengan abangnya yang baru sahaja dilancarkan iaitu Ninja 650. Berdasarkan imej dari Young Machine kita dapat perhatikan yang Ninja 250 baru ini lebih tajam, sporty dan lebih agresif. Bahkan ia kelihatan seperti model-model berkapasiti lebih besar.

BACA: KTM MALAYSIA LANCAR DUKE 250 DAN 390 – RM21,730 DAN RM28,000

Antara naiktaraf yang bakal dilakukan termasuklah pada lengan ayun belakang yang diperbuat daripada aluminium selain sport rim yang juga menyamai Ninja 650. Bukan itu sahaja, ukuran rimnya juga dikatakan ditambah untuk memuatkan tayar yang bersaiz lebih lebar.

Rim dan lengan ayun aluminium Ninja 650 yang bakal muncul pada Ninja 250 baru.

Sumber yang sama menyebut yang Ninja 250 Facelift ini turut akan menggunakan tayar bersaiz 120 di hadapan dan 150 di belakang. Ini bermakna ia adalah lebih lebar daripada tayar Honda CBR250RR.

BACA: NAK CAFE RACER? ITALJET BUCCANEER 250i MENARIK JUGA

Bagaimanapun sayang sekali lagi kerana, penyerap hentak depan dikatakan masih akan menggunakan versi teleskopik standard dan bukannya versi terbalik seperti CBR250RR. Ia juga menjadi idaman para peminat sportbike keseluruhannya. Menurut Young Machine, alasan pemilihan suspensi hadapan teleskopik ini dilakukan oleh Kawasaki supaya motosikal 250 cc terbaru mereka ini kekal ringan dan mudah diselenggara.

Tak kisahlah tu janji hasilnya nanti berbaloi dengan penantian peminat mereka yang menunggu model yang mampu memenangi perlawana antara Yamaha R25 dan Honda CBR250RR.

Tags
Google ads
Back to top button