Buletin

LEXUS LFA. HASIL SENI AUTOMOTIF DARI LEXUS

Lexus LFA adalah sebuah kereta supercar yang dihasilkan dibawah jenama Lexus iaitu salah satu cabang perniagaan Toyota yang mengkhususkan penghasilan kereta mewah. Jenama ini dihasilkan khas untuk bertanding dengan jenama premium daripada Eropah seperti BMW, Mercedes dan juga Audi. Pasaran dunia mengenali Toyota sebagai kereta rakyat, jadi untuk bersaing dalam segmen premium maka ia perlu menggunakan identiti baru.

Lexus, iaitu nama yang digunakan menjadi bahan gurauan dengan panggilan Luxury Exported to United States. Namun jenama Lexus memang mengangkat jenama Toyota sebagai satu jenama premium malah model Lexus LS400 digunakan sebagai model rujukan oleh pesaingnya dalam pencapaian kejuruteraan automotif pada tahun 1989.

Apabila konsep supercar dicadangkan pada Akio Toyoda, beliau melihat model ini sebagai satu peluang keemasan pada Toyota menghasilkan sebuah model yang menjadi ikon dan keupayaan Toyota dalam bidang teknologi. Sama seperti model LS400, Akio Toyoda tidak menghadkan masa pembangunan dan juga berapa banyak bajet yang diperlukan. Ambillah seberapa lama masa yang diperlukan untuk membina model ikon Toyota ini.

Jadi bagi memenuhi keperluan spesifkasi supercar, maka Lexus membangunkan satu cabang khas untuk kereta prestasi tinggi dengan brand “F”. Singkatan LFA membawa maksud:

L- Jenama Lexus

F-simbol cabang prestasi tinggi Lexus dan juga berasal dari Fuji Speedway

A – Apex atau

Namun maksud ini disangkal oleh Ketua Jurutera Haruhiko Tanahashi.

Pada awal tahun 2000, model ini mula dibangunkan bersama-sama konsep dan juga clay model serta diberi nama projek TXS. Prototaip pertama siap pada tahun 2003 dan mula diuji di litar Nurburgring di bawah pimpinan Hiromu Naruse. Pada tahun 2005 ia mula dipamerkan di North America International Autoshow. Namun pada masa ini jurutera Toyota nekad untuk menjadikan LFA lebih ringan maka setelah dicadangkan oleh tim pembangunan, Akio Toyoda meluluskan penggunaan karbon fiber bagi menggantikan aluminium sebagai cesi kereta.

LFA dilancarkan secara rasmi pada 21 Oktober 2009 semasa ulang tahun penubuhan Lexus ke 20 semasa pameran automotif ke 41. Hanya 500 unit sahaja akan dibuat dari kilang Toyota di kilang Motomachi untuk menjaga nilai eksotik model ini. Jadi apa yang menjadikan model ini sangat istimewa?

1. Spesifikasi

Enjin1LR-GUE V10Sistem InjapDOHC Dual VVT-i
Sesaran4805Diameter dan lejang88mm x 79mm
Nisbah Mampatan12:01RPM Maksima9000
Transmisi6 kelajuan ASG (AMT)Penukaran Gear200ms
Kuasa Kuda552 @ 8700 RPMTork480 @ 6800 RPM
Berat Kasar1480KonfigurasiFR
Agihan Berat50:50:00Halaju326km/j
0-100km/j3.7 saat0-20011.4

2. Cesi Karbon Fiber

Seperti yang diterangkan di atas, masa tambahan yang diperlukan untuk proses kajian dan pembangunan ditambah lagi 2 tahun disebabkan penggunaan Carbon Fiber Reinforced Polymer bagi menggantikan aluminium aloi. CFRP merangkumi 65% berat cesi (kabin penumpang) manakala baki 35% menggunakan aluminium aloi di bahagian sub kerangka depan dan belakang. Menurut data Lexus, penggunaan CFRP menjimatkan berat cesi sehingga 100kg. Malah roda stering LFA turut dibuat dengan menggunakan CFRP.

Ia tidak menjadi masalah kerana cesi ini dibina sendiri oleh Toyota di kilang mereka menggunakan mesin tenunan khas CFRP. Menurut Toyota hasil tenunan CFRP ini mencapai standard industri penerbangan.

3. Sistem Cesi – Suspensi LFA menggunakan suspensi double wishbone pada roda depan dan sistem Multi-Link pada roda belakang. Brek pula diambil dari dari Brembo dengan 6 piston bersaiz 390mm di depan dan 4 piston caliper 360mm pada brek belakang. Cakera brek menggunakan teknologi karbon seramik bagi kuasa brek yang maksima.

Tayar Bridgestone Potenza bersaiz 265mm digunakan pada roda depan manakala roda belakang menggunakan 305mm bersama-sama rim 20inchi tempaan dari jenama BBS

4. Sistem Cesi – bagi mencapai berat yang ideal LFA menggunakan konfigurasi FR iaitu enjin dipasang pada cesi depan dan semua kuasa dihantar ke roda belakang. Malah tangki bahan api dan tangki radiator dipasang di hadapan gandar belakang bagi tujuan keseimbangan.

5. Enjin –  ia menggunakan enjin susunan V 10 silinder dengan sesaran 4805cc. Namun saiz enjin ini lebih kecil dari enjin V8 dan beratnya sama dengan enjin V6. Jangan tanya saya macam mana jurutera Toyota buat enjin ini. Semua enjin ini dipasang di kilang Toyota dalam masa 2.5 hari oleh seorang Takumi (tukang yang mahir). Setiap enjin dipasang oleh seorang Takumi yang dilatih khas dan mereka akan menampal nama mereka pada enjin selepas selesai pemasangan.

6. Rekaan enjin ini telah dipertingkatkan dengan menggunakan piston yang dibuat daripada aloi aluminium, rod penyambung antara piston dan crankshaft dibuat daripada titanium tempa dan semua injap dibuat daripada titanium padu. Penutup kepala silinder pula ditempa dari besi magnesium. Semua ini bagi memastikan enjin ini boleh beroperasi pada 9000RPM dengan mudah. Semuanya ditempa dari besi yang ringan dengan keupayaan yang sama seperti enjin F1.

7. Jadi jangan hairan jika enjin ini sendiri berupaya beroperasi dalam tekanan sehingga 2G ketika dipandu di selekoh tajam. Setiap piston menerima throttle body sendiri (macam F1) dengan intake manifold 2 peringkat. Gas ekzos akan dihantar keluar melalui gas ekzos titanium 2 peringkat. Hanya 0.5 saat sahaja diperlukan untuk enjin ini sampai ke 9000 RPM. paparan meter digitak terpaksa digunakan berbanding paparan meter analog kerana meter analog gagal menunjukkan bacaan sebenar.

8. Yamaha telah diberi kontrak untuk menghasilkan bunyi enjin yang unik bagi model LFA yang digelar roar of an angel. Yamaha dipilih oleh Toyota kerana syarikat ini sebenarnya bermula dari sebuah syarikat yang menghasilkan peralatan muzik dari dulu sehingga sekarang selain menghasilkan motosikal. Jadi serahkan pada ahli muzik untuk menghasilkan bunyi enjin yang merdu, lebih lunak dari enjin Ferrari.

Lexus LFA supercar

9. Tugas Yamaha ialah menghasilkan bunyi enjin untuk dihantar ke kabin. Jadi Yamaha mereka satu surge tank yang bertindak menghantar udara secukupnya pada 10 silinder enjin. Yamaha mereka surge tank agar ia bertindak sebagai speaker menguatkan bunyi pergerakan angin dengan menggunakan teknik getaran. Ini teknik yang sama bagi menghasilkan gitar ataupun biola. Fuhh ini kena panggil Kasim Selamat ni.

Low Pitch sound akan dihantar pada bahagian kaki pemandu manakala bunyi frekuensi tinggi akan dihantar pada telinga pemandu. Jadi anda tidak perlukan pembesar suara seperti Harmon Kardon ataupun Bowers & Wilkin untuk kereta ini. Mungkin anda akan inzal dalam kereta ini ketika V10 mengaum.

10. Sistem ekzos menggunakan injap 2 peringkat yang berfungsi meredam bunyi enjin ketika enjin beroperasi di bawah 3000 RPM. Jika ditekan melebihi 3000 RPM maka deep burble akan dilepaskan sepenuhnya bagi memberi bunyi yang cukup nyaring dan unik.

11. Kusyen LFA diberi dengan sentuhan mewah dan sangat selesa walaupun ia direka berdasarkan rekaan bucket seat. Ia boleh diubah dengan menggunakan bantuan elektrik 8 mode. Bagi menjamin keselamatan pemandu dan penumpang, tali pinggang keselamatan yang digunakan turut dilengkapi dengan beg udara melindungi pemandu dari kecederaan yang serius.

12. Sistem transmisi menggunakan gear 6 kelajuan manual yang diautomatikkan dan beroperasi dengan menggunakan klac tunggal. Pemandu boleh memilih untuk mengoperasikan sendiri gear dengan menggunakan penukar gear yang dipasang di belakang roda stering. Jika memandu secara santai, transmisi ini boleh beroperasi secara automatik spenuhnya.

13. Panjang keseluruhan LFA ialah 4506mm, jarak antara roda 2606mm, tinggi maksima 1219mm dan lebar 1895mm. Rekaan luar diketuai oleh Kengo Matsumoto. Rekaan LFA menekankan penggunaan bucu tajam dan potongan dinamik bagi meningkatkan prestasi aerodinamik dan juga downforce. Terdapat air scoop pada bahagian fender belakang bagi membekalkan udara sejuk pada sistem radiotor dan menyejukkan brek.

14. Selain menggunakan GT Wing yang akan diaktifkan secara automatik pada halaju 80km/j dan ke atas. GT Wing ini menggunakan konsep Gurney Flap (sempena nama Dan Gurney) bagi memberikan kestabilan pada halaju tinggi dan juga membantu mengambil selekoh dengan lebih pantas.

15. LFA Nurburgring telah dihasilkan sebanyak 50 unit sahaja daripada 500 unit yang dikeluarkan. Pakej ini menampilkan enjin 563 kuasa kuda, transmisi lebih pantas pada 0.05 ms, diffuser pada bampar depan, sistem suspensi boleh laras, rim aloi yag lebih ringan, diffuser pada tepi bampar depan dan juga GT Wing kekal. Ia merupakan varian khusus yang ditala untuk berlumba di litar Green Hell

Pembeli akan latihan di litar Nurburgring, ditemani seorang instruktor dan juga pas masuk ke litar selama setahun.

16. Rekod yang dipegang oleh LFA Nurburgring ialah 7:22:85 pada tahun Jun 2011 dipandu oleh Akira Iida dengan menggunakan tayar Bridgestone Potenza RE70 performance street. Namun pada September 2011 LFA mencatatkan masa 7:14:64 iaitu ke lima terpantas bagi sebuah jentera yang diproduksi secara besar-besaran.

17. Rekod yang dipecahkan di Litar

LFA telah diuji di Litar Nevers Magny Cours dan mencatat masa 1:20.6 pada suhu litar 0 darjah celsius mengatasi KTM X-Bow dan juga Nissan GTR. Di litar Contidrom Jerman ia mencatatkan masa 1:35.66 mengatasi SLS AMG. Majalah Auto Zeitung memuji LFA dari segi dinamik pengendalian, kawalan cesi dan juga refleks.

Rancangan Top Gear USA menguji LFA di Litar El Toro dimana LFA lebih pantas 0.2 saat berbanding Gallardo LP570-4 dan 0.7 saat lebih pantas berbanding 458 Italia. Di Litar Goodwood , LFA mencatatkan masa 1:27.7 iaitu 3 saat lebih pantas berbanding Nissan GTR. Di Litar Top Gear UK, LFA mencatatkan masa 3 saat lebih pantas berbanding Lamborghini Gallardo pada permukaan jalan yang basah.

Dalam rancangan Battle of Supercars LFA telah dibandingkan secara bersemuka dengan Audi R8 V10 di litar Westover Air Reserve. Di litar ini LFA mencatatkan masa 48.9 saat iaitu 1 saat lebih pantas berbanding dengan Audi R8 

Ketika diperkenalkan di pasaran UK pada tahun 2010, harga yang ditawarkan ialah sekitar 360,000 pound (sila tukarkan ke RM) bagi sebuah varian asas. Ramai pengkritik merasakan harganya terlampau mahal berbanding dengan Ferrari. Namun Lexus langsung tidak menjana keuntungan atas jualan kereta tersebut.

Apa yang mereka mahukan ialah meletakkan sebuah ikon permotoran yang dikaitkan dengan keupayaan dan semangat yang mendalam Toyota terhadap kereta. Ia adalah peringatan daripada Toyota kepada dunia bagi menunjukkan apa yang mereka boleh lakukan. Ia bukan sahaja bertujuan untuk menarik pelanggan baru namun ia meletakkan visi dan misi syarikat untuk bergerak maju ke depan.

Google ads
Back to top button