Buletin

SEAT MERAIKAN ULANG TAHUN KE 40 MODEL IBIZA DENGAN MODEL ISTIMEWA - IBIZA ANNIVERSARY LIMITED EDITION

Model kereta jenama SEAT Ibiza ini mungkin kedengaran agak asing di rantau asia. Namun hakikatnya, SEAT Ibiza ini merupakan sebuah model hatchback kompak yang boleh tahan popular juga di Eropah. Dan kini, SEAT Ibiza ini telah pun berusia 40 tahun semenjak generasi pertama mula diperkenalkan pada tahun 1974.

Bagi meraikan ulang tahun ke 40 model Ibiza, SEAT telah memperkenalkan model Istimewa yang cukup ikonik, Ibiza Anniversary. Untuk yang tidak tahu, nama Ibiza ini diambil bersempena dengan Pulau Ibiza, salah satu pulau yang terdapat di Sepanyol di Laut Mediterranean.

Dan pengenalan model Ibiza ini merupakan titik perubahan bagi kejayaan untuk SEAT dan ianya telah menjual lebih enam juta unit dalam tempoh lima generasi sejak 1984.

Ketika generasi pertama SEAT Ibiza ini mula diperkenalkan, ianya merupakan model pertama yang dibangunkan jenama yang berasal dari Sepanyol itu sendiri tetapi telah mendapat bantuan daripada beberapa pihak. Giorgetto Giugiaro dari Italdesign bertanggungjawab untuk reka bentuk di bahagian luaran, Karmann (pembuat dari Jerman) bertanggungjawab untuk reka bentuk bahagian dalaman serta Porsche bertanggungjawab untuk membekalkan enjin dan juga kotak gear dengan kerjasama dari SEAT sendiri.

Dan hasilnya, SEAT Ibiza generasi pertama telah mula dikeluarkan di kilang pemasangan di Barcelona serta mula ditayangkan untuk tontonan umum di Paris Motor Show 1984. Walaupun di awal penjualannya sedikit perlahan, namun kelamaan ianya mula menunjukkan angka yang bagus.

Dan semenjak dari itu, model Ibiza ini terus menjadi penanda aras dalam pasaran sambil turut membuka jalan kepada kejayaan SEAT yang berterusan berusaha untuk mengembangkan kedudukannya sebagai syarikat global serta memasarkan kenderaan ke pasaran di seluruh dunia.

Untuk model Anniversary Edition ini, ianya telah didatangkan dengan beberapa ciri tambahan menarik berbanding model standard generasi kelima. Menggunakan cat berwarna  Graphene Grey, ianya mungkin kelihatan agak lain daripada yang lain bagi sebuah model SEAT Ibiza.

Begitu juga dengan rim bersaiz 18 membuatkan ianya lebih kelihatan sporty sesuai untuk anak muda. Pada pilar B terdapat logo Anniversary Limited Edition yang dibuat menggunakan laser bagi memberitahu bahawa ini sememangnya ori edisi terhad bersempena sambutan 40 tahun Ibiza di pasaran.

Di bahagian kerusi hadapan, tempat duduk jenis bucket digunakan bagi memberikan imej sporty kepada pemandu. Begitu juga dengan kemasan Matt Aluminum pada bahagian pintu dan juga konsol tengah.

Walaupun SEAT Ibiza ini belum dilancarkan secara rasmi lagi, namun dijangkakan harganya mungkin tidak akan melebihi £30,000 (RM177,691) berdasarkan reputasi bahawa jenama SEAT ini adalah kereta mesra rakyat.

BACA : SEAT IBIZA – HATCHBACK KOMPAK YANG JARANG KITA DENDANG

BACA : CUPRA FORMENTOR – WOW JUGA SUV COUPE INI KAN

Google ads

B K

Back to top button