Artikel Pilihan

CUPRA FORMENTOR – WOW JUGA SUV COUPE INI KAN

Sebenarnya ramai pengguna tidak mempedulikan pun tentang jenama SEAT mahu pun CUPRA ini. Barangkali hanya bangsa Sepanyol sahaja yang meminati jenama kebangsaan mereka ini. Mujur jugalah SEAT / CUPRA ini bernaung di bawah payungan Kumpulan Volkswagen, bolehlah angkat muka sikit dengan jenama bangsa Eropah yang lain.

Sebetulnya, CUPRA ini merupakan sub jenama kepada SEAT yang mana ianya merupakan pengkhususan kepada model yang telah diberi tingkat taraf kepada sebuah model SEAT yang biasa kepada yang lebih sporty dan berprestasi tinggi.

Dan inilah juga tujuan model CUPRA Formentor ini diperkenalkan kepada pasaran, sebuah SUV Coupe. Dan nama Formentor ini sebenarnya dipilih berdasarkan sebuah nama kepulauan di Mallorca. Secantik nama pulau, dan begitu jugalah dengan model CUPRA Formentor. Memang nampak cantik dan sempurna serta berani.

Rekaan gril yang simetri sambil dihiasi logo CUPRA yang memang nampak menyerlah dari jauh. Lampu utama LED menyerlahkan bahagian rupa hadapan SUV Coupe ini. Dan tahukah juga bahawa, di malam hari, lampu projektor di bahagian bawah cermin sisi akan memaparkan imej logo CUPRA sewaktu pintu ingin dibuka. Memang nampak eksklusif.

Dan sebagai sebuah SUV Coupe, sudah tentu, bahagian belakang SUV ini turut sama mencuri perhatian sama seperti di bahagian hadapan. Pandangan sisi juga mampu mencuri perhatian sesiapa sahaja dengan garis bahu menyerlah dan sedikit berbeza daripada tipikal rekaan garis bahu yang ada. Garis bahu ini jika dilihat seakan selari dengan garis yang menonjol di bahagian bonet belakang yang turut dilatari dengan lampu LED belakang yang bersambung kiri dan kanan.

Bahagian ruangan kabin CUPRA Formentor ini juga menampilkan ciri yang mewah dan sporty. Ruang panel meter kini menggunakan paparan digital sepenuhnya dengan skrin bersaiz 10.25 inci untuk memaparkan imej dan info yang lebih jelas. Begitu juga dengan skirn infohiburan bersaiz 12 inci, pasti mudah untuk melihat sistem Navigasi tanpa terlepas simpang.

Tempat duduk pula dibalut kulit Nappa berwarna Biru Pudar yang mana ianya turut senada dengan balutan kulit untuk bahagian papan pemuka. Nampak lebih mewah dan ekslusif.

Sebenarnya CUPRA Formentor ini mempunyai beberapa pilihan trenkuasa. Pengguna boleh memilih diantaranya enjin yang cukup berkuasa 2.0 liter TSI yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 310 HP. Kotak gear pula menggunakan DSG, terima kasih kepada Kumpulan VW. Memang power betullah.

Tapi pengguna yang inginkan penjimatan dan kehijauan alam sekitar, boleh memilih varian hibrid juga yang dijangka berada di pasaran penghujung tahun ini. Sementara itu, pengguna di Eropah, bolehlah mula menempah SUV Coupe yang wow ini sekarang.

BACA : CUPRA LEON SPORTOURER BAHARU – RATE JUGA WAGON INI SEBENARNYA

BACA : CUPRA EL BORN – EV PERTAMA CUPRA YANG MENYERLAH

Google ads

B K

Back to top button