Artikel Pilihan

PASUKAN JURUTERA ENJIN ROTARY MAZDA AKAN KEMBALI BERSATU – CEO BUAT PENDEDAHAN TIDAK SENGAJA DI TAS

Tokyo Auto Salon kini sedang berlangsung di Jepun dan pengeluar kenderaan dan aksesori membanjiri acara berkenaan untuk menonjolkan kehebatan produk masing-masing. Mazda tidak terkecuali dan membawa bersama jentera perlumbaan dan jentera modifikasi milik mereka. Sewaktu berucap, CEO Mazda, Masahiro Moro memaklumkan yang beliau secara senyap-senyap sedang mengumpulkan kembali pasukan jurutera enjin rotary.

Rupa-rupanya Mazda sangat teruja dengan reaksi positif yang diterima mereka terhadap Iconic SP Concept yang dipamerkan di Japan Mobility Show Oktober lepas. Menurut Moro mereka menerima banyak sokongan dan dorongan selepas memperlihatkan model konsep mereka, Mazda Iconic SP.

Moro menyambung dalam temubual dengan Response yang beliau merasa sangat gembira dan teruja. Dengan sokongan yang diterima, mereka akan melancarkan kumpulan pembangunan enjin rotary pada 1 Februari akan datang.

Untuk makluman pembangunan enjin rotary telah dihentikan pada tahun 2018 dan bila Mazda mula membangunkan enjin SkyActive, kebanyakan jurutera enjin rotary juga terlibat dalam program SkyActive untuk jangka masa yang lama.

Pasukan ini yang telah banyak belajar tentang enjin piston dan sistem pembakaran yang termaju di dunia akan kembali fokus kepada pembangunan enjin rotary khususnya pada elemen pembakaran dan emisi. Korang sendiri tahulah macam mana emisi enjin rotary sebelum ini.

Pembangunan enjin memerlukan ramai tenaga jurutera dan untuk permulaan, 30 jurutera terpilih akan memulakan perkara asas dalam pembangunan enjin rotary.

Macam mana peminat enjin rotary sekelian, rasa-rasa ada harapn tak pengganti RX-7 dan RX-8 akan muncul?

Google ads
Back to top button