Buletin

SÉBASTIEN LOEB MENANG TEMPAT KETIGA DI WRX KANADA – PODIUM KETIGA BERTURUT-TURUT

Sukan permotoran tanah air boleh dikatakan hebat juga. Lebih menarik, sukan Formula Satu sebenarnya adalah sebahagian daripada agenda mempromosikan negara berbanding platform untuk membangunkan bidang automotif dan industri berkaitan.

Tahun ini adalah yang terakhir Formula Satu dianjurkan di negara kita. Iya, tiada lagi Formula Satu pada tahun depan namun masih lagi terdapat beberapa acara hebat seperti Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) yang setiap tahun dianjurkan dengan pusingan Malaysia dilangsungkan bermula Jumaat ini di Johor.

Sekarang ini bukanlah musim yang baik untuk perlumbaan rali. Penyertaan tidak semeriah dulu-dulu. Kejuaraan Rali Dunia (WRC) tahun ini diisi oleh Ford M-Sport, Citroen, Hyundai dan kembalinya Toyota selepas bertahun-tahun tidak bertanding.

Namun, sukan rali tetap meriah dan ini boleh disaksikan oleh populariti kejuaraan rallycross dunia (WRX). Sukan ini membawakan terus persaingan di hadapan penonton yang biasanya dianjurkan dalam stadium. Di sini juga terletak keistimewaan WRX apabila ia turut disertai oleh pelumba handalan seperti Petter Solberg, Mattias Ekström, Ken Block dan Sébastien Loeb.

Litar binaan yang direka dengan jarak satu kilometer terdiri daripada campuran aspal sebanyak 60 peratus dan tanah sebanyak 40 peratus dan turut mengandungi satu atau lebih curam loncatan.

Peserta akan disingkir (knocked out) sehinggalah tinggal enam peserta untuk bersaing dalam pusingan terakhir.

Hujung minggu lepas telah berlangsung Kejuaraan Rallycross Dunia (WRX) 2017 pusingan lapan di Trois Rivières, Walaupun WRX nampak lebih mudah berbanding WRC namun Sébastien Loeb yang sembilan kali juara dunia masih belum berjaya menakluki kejuaraan sepenuhnya.

Loeb yang memandu Peugeot 208 WRX 2017 untuk Team Peugeot Hansen menduduki tempat ketiga pada pusingan lepas dan ia adalah podium ketiga berturut-turut buat beliau. Kejayaan itu juga adalah podium keenam buat pasukan pada musim 2017.

Seorang lagi pemandu dari pasukan sama iaitu Timmy Hansen pula mengalami masalah enjin semasa mendahului pusingan terakhir. Kegagalan tersebut menolak Timmy ke tempat keenam. Timmy dan adik beliau iaitu Kevin yang turut menyertai adalah anak kepada pemilik pasukan iaitu Kenneth Hansen. Beliau adalah juara 14 kali Kejuaraan Rallycross Eropah.

BACA: SÉBASTIEN LOEB BAKAL KEMBALI SEMULA KE WRC?

BACA: BARU 4 KALI DALAM WRC DAH MENANG RALI FINLAND – ESAPEKKA LAPPI

Berikut ialah keputusan WRX Kanada:

  1. Johan Kristoffersson (Volkswagen Polo GTI)
  2. Petter Solberg (Volkswagen Polo GTI)
  3. Sébastien Loeb (PEUGEOT 208 WRX)
  4. Kevin Eriksson (Ford Fiesta)
  5. Toomas Heikkinen (Audi S1
  6. Timmy Hansen (PEUGEOT 208 WRX)

Kedudukan selepas lapan pusingan

Pemandu:

  1. Johan Kristoffersson (Volkswagen Polo GTI), 211 poin
  2. Petter Solberg (Volkswagen Polo GTI), 176 poin
  3. Mattias Ekström (Audi S1), 158 poin
  4. Sébastien Loeb (PEUGEOT 208 WRX), 144 poin
  5. Timmy Hansen (PEUGEOT 208 WRX), 135 poin
  6. Andreas Bakkerud (Ford Focus RS), 128 poin
  7. Ken Block (Ford Focus), 89 poin
  8. Kevin Eriksson (Ford Fiesta), 83 poin
  9. Toomas Heikkinen (Audi S1), 78 poin
  10. Timo Scheider (Ford Fiesta), 74 poin

Pasukan

  1. Volkswagen PSRX, 387 poin
  2. Team Peugeot Hansen, 279 poin
  3. EKS Audi, 236 poin
  4. Hoonigan Racing Division, 217 poin
  5. MJP Racing Team Austria, 168 poin
  6. STARD, 124 poin
Google ads
Back to top button