Buletin

PERODUA AXIA DAH TERJUAL LEBIH DARI 250K UNIT!

Perodua Axia dilancarkan pada tahun 2014 dan model facelift diperkenalkan pada Januari tahun ini. Model ini ternyata digemari rakyat Malaysia apabila jualannya sudah pun melebihi 250,000 unit!

Puan Isma Nurul Farhana binti Ishak, (31), yang merupakan seorang guru dari Pulau Langkawi adalah pemilik Perodua Axia yang ke 250,000 unit di Malaysia.

Dalam upacara ringkas pada 5 Ogos 2017 di Alor Setar, Puan Isma, suaminya, Encik Ismail Din (42), dan anak mereka, Isma Abdul Hadi Ismail (4 tahun) telah menerima replika kunci, sejambak bunga dan hadiah saguhati kerana telah menjadi pelanggan bertuah Perodua.

“Kami amat tertarik dengan Perodua Axia. Pada awal tahun ini, kami ada meminjam dan memandu ke Cameron Highlands dan kami kagum dengan kestabilan, kecekapan bahan api yang cekap dan rupa bentuk kenderaan ini, “kata Ismail Din.

Perodua Axia dikuasakan dengan enjin VVT-I yang mampu bergerak sehingga 22.5Km/L dalam mod Eco-Driving. Axia juga telah dianugerahkan penarafan 4-bintang oleh ASEAN NCAP (Program Penilaian Kereta Baru untuk Negara-negara Asia Tenggara) yang setanding dengan standard keselamatan antarabangsa.

“Kami gembira dan terharu dengan sambutan hangat oleh rakyat Malaysia untuk Perodua secara amnya dan bagi Axia khususnya,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd,YBhg Dato’ Dr. Zahari Husin.

“Dalam masa lebih dari 3 tahun, kami telah menyerahkan suku juta Axia, yang mana ini merupakan peristiwa penting buat kami,” katanya.

Dato’ Dr. Zahari berkata bahawa pencapaian 250,000 ini menunjukkan keyakinan rakyat Malaysia dalam kualiti, kebolehpercayaan dan keselamatan bagi kenderaan tersebut.

Toyota Agya Indonesia - Kembar Perodua Axia
Toyota Agya Indonesia – Kembar Perodua Axia

Perodua Axia (Standard) didatangkan dalam warna Ivory White, Glittering Silver, Ebony Black dan Midnight Blue. Varian SE dan Advance mempunyai dua (2) warna tambahan berbanding Axia Standard-G; iaitu Solid Sunflower Yellow dan Metallic Lava Red.

Harga Semenanjung Malaysia bagi varian Perodua Axia baru bermula dari RM24,900 untuk Standard E (Manual) kepada RM42,900 untuk Advance (Automatik).

BACA (AXIA VERSI TOYOTA): TOYOTA AGYA TRD DARI SEMARANG

BACA (AXIA JADI MPV): DAIHATSU PERKENAL SIGRA DI INDONESIA – BERMULA RM34,000!

Google ads
Back to top button