
TAK PERCAYA?, KAMI PUN. INI ADALAH KERETA PILIHAN UTAMA PEMAIN BOLASEPAK EPL
Katakan anda kaya ada duit berjuta ringgit dan gaji ratusan ribu sebulan dan anda minat kereta. Kereta apa yang akan anda beli? Ini adalah kaji selidik yang dibuat oleh JBR Capital terhadap kereta pilihan pemain bolasepak Liga Perdana England dan cuba teka apa? kereta ditempat pertama adalah kereta yang tidak pernah anda sangka.
Ia adalah Perodua Myvi!. Ok salah, Ia adalah Range Rover Evoque, SUV bersaiz kompak yang paling kecil dalam keluarga Range Rover yang semuanya SUV besar.
BACA: VIOS CHALLENGE OLEH SELEBRITI
Menurut senarai JBR lagi, pilihan kereta di tangga kedua ialah Lamborghini Aventador, diikuti oleh Mercedes-Benz Onyx G6 GLE Coupe, Bentley Continental GT, Ferrari F12 Berlinetta, Lamborghini Huracan,dan Jeep Wrangler Kahn Sahara.
Besar juga selera mereka kan? Ye lah duit banyak apa lah sangat kereta mewah kalau gaji sebulan boleh beli sebiji dan susun dalam gajar rumah masing-masing.
Menurut Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFA) England, purata gaji pemain bolasepak Liga Perdana Inggeris ialah 45,000 pound (RM250,000) seminggu atau RM1 Juta sebulan. Itu purata saja, pemain yang mahal bioleh menerima sehingga 300,000 pound RM1.7 juta sebulan.
Di bawah ini adalah senarai penuh kereta-kereta pilihan pemain Liga Perdana Inggeris;
- Range Rover Evoque
- Lamborghini Aventador
- Mercedes-Benz Onyx G6 GLE Coupe
- Bentley Continental GT
- Ferrari F12 Berlinetta
- Lamborghini Huracan
- Jeep Wrangler Kahn Sahara
- Porsche 911 GTS
- Bentley Bentayga
- McLaren 675LT Spider
Menurut Darren Selig, CEO pengasas JBR Capita, kebanyakan pemain ini membeli kereta dengan sistem pinjaman.
“Mereka tidak bayar tunai, mereka beli dengan pinjaman kecil dengan tempoh bayaran balik dari tiga hingga empat tahun. Mereka utamakan komitmen bulanan kecil, jadi mereka ada simpanan tetap setiap bulan,” ujar Selig
Susah betul nak bayangkan duit sebanyak itu. Bayangkan gaji kau RM1 juta – RM2 juta sebulan.
Kalau Abang Japar ada duit banyak tu entah apa yang nak beli agaknya silap-silap Abang beli Bandaraya Kodiang dan renovate jadi trek Nurburgring.
Baru depa tau kita siapa!