BuletinMotosikal

SEGALANYA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG TEAM MOTOGP DUCATI GP19

Ducati menjadi pasukan pertama yang melancarkan secara rasmi motosikal mereka untuk musim kejuaraan MotoGP 2019. Berbeza dengan tahun sebelumnya yang mana pasukan ini dilancarkan ditanahairnya Borgo Panigale Italia, tahun ini, Ducati melancarkannya di kota Neuchatel, Switzerland yang merupakan pusat Phillip Morris International yang menjadi penaja utama team merah Ducati ini.

Masih ingat dengan kegemilangan syarikat rokok seperti Marlboro, Rothmans, Lucky Strike dan Camel menjadi penaja sukan motor tak lama dahulu? Semenjak diharamkan, syarikat rokok telah membuat jenama sampingan yang tidak meletakkan logo jenama rokok mereka secara langsung.

Dan kerana itu juga pasukan Ducati pada tahun ini dikenali sebagai Team Mission Winnow. Pada pelancaran ini juga diperkenalkan dua buah motosikal baharu Ducati Desmosedici GP19yang akan ditunggang oleh Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci.

Apa sahaja yang baru pada Ducati di Motogp 2019?

Pertama yang paling jelas ialah livery baru yang berubah dengan agak signifikan menerusi warna merah penuh dan tulisan Mission Winnow menjadi penaja utama. Jika sebelum ini Ducati menggunakan jaluran warna putih, merah dan kelabu, kini hanya merah yang mendominasi seluruh bahaggian.

Mission Winnow bukanlah sekadar tagline. Ia adalah projek terbaru Phillip Morris International dengan memacu semangat ingin menang. Dengan kata lain, Phillip Morris ingin mempromosikan inisiatif baru yang didedikasikan untuk ilmu pengetahuan, teknologi dan inovasi.

Selain perubahan sponsor utama dari FlexBox dan Unibat ke Phillip Morris serta sponsor sekunder seperti Lenovo, SKF dan lainlain. Dari segi rekabentuk, rekaan Desmosedici ini masih sama seperti versi sebelumnya.

Masih kelihatan luarbiasa terutamanya bahagian belakang dengan bentuk kekotak bersama “salad box”. Bahagian muncung depan juga dikecilkan rekaan fairing dengan winglet yang tersorok seolah-olah sebahagian daripada rekaan motor secara keseluruhan.

Bagaimanapun spesifikasi motor baru Ducati ini tidak didedahkan. Namun dari desas-desus dalam industri prototaip mesin V4 baru ini mampu menghasilkan sehingga lebih dari 280 Hp.

Buat pertama kalinya di Motogp musim 2019. Pasukan merah Ducati tidak akan ada lagi pelumba Sepanyol, Lorenzo yang bergandingan dengan Dovizioso. Pelumba bernombor 99 tersebut sudah berpindah ke pasukan Repsol Honda dan posisinya digantikan oleh Danilo Petrucci. Jadi pada musim ini akan ada 2 pelumba Itali yang berada di satu paddock di pasukan kilang Itali.

Daovizioso yang menjadi runner up Motogp 2018 masih mengekalkan nombor 04 kembanggaannya, sementara Danillo Petrucci yang sebelumnya bergabung di team Satelit Pramac Ducati akan menggunakan nombor 9.

Selain itu, ada juga pelumba Itali lain iaitu Michael Pirro yang akan menjadi pelumba ujian pasukan Mission Winnow Ducati untuk musim 2019.

Kesimpulannya, tahun ini, Ducati benar-benar menjadi pasukan Itali yang tulin.

Tak sabar nak tengok musim 2019 ni bermula. Adakah Ducati akan membuat kejutan?

Adakah Marc Marquez akan dapat ditewaskan?

Sama-sama kita nantikan.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button