Artikel Pilihan

KENALI ENJIN 2.0 PALING BERKUASA DI DUNIA. TERIMA KASIH A45 AMG!

Mungkin ada yang tertanya-tanya. Kenapa barisan model 45 daripada Mercedes Benz begitu berkuasa ? Sedangkan kapasiti enjinnya hanyalah 1,991cc sahaja ? Baiklah. Mari kita kupas satu persatu.

Enjin ini diberi kod M133. Ia merupakan enjin 4 silinder pertama daripada pihak AMG. Sebelum ini AMG hanya fokus kepada pembangunan enjin berkapasiti besar seperti M156 yang berkapasiti 6.2cc dan M157 yang berkapasiti 5.5cc.

Ketika di peringkat pembangunan, pihak Mercedes Benz merancang untuk memberi jawapan kepada model Audi RS3 yang mempunyai 5 silinder dan berkapasiti 2.5cc. Jadi, enjin yang akan dibangunkan hendaklah lebih berkuasa dan berkapasiti lebih kecil. Untuk rujukan, enjin Audi RS3 CEPA mempunyai kuasa sebanyak 335hp dan 450Nm Torque, manakala enjin M133 mempunyai kuasa sebanyak 355hp dan 450Nm Torque. Jika kita lihat pada angka, enjin M133 adalah pemenang, ditambah lagi dengan kapasiti yang lagi kecil dan kurang satu silinder berbanding RS3.

Enjin ini menerima Crankscase yang diperbuat daripada Alumunium. Aci Engkol dan Piston pula diperbuat dengan teknologi Forged supaya dapat menahan kuasa yang maksimum tanpa gagal. Selain itu, ianya lebih ringan. Kaedah pembuatan Piston Ring juga ditala kembali bagi membolehkan ianya menahan geseran dengan baik. Selain itu, teknologi NANOSLIDE juga diaplikasikan pada dinding silinder enjin ini. Teknologi NANOSLIDE ini dahulunya digunakan oleh pihak Mercedes Benz pada jentera SLS AMG milik mereka. Keputusannya, penggunaan minyak enjin (oil consumption) adalah rendah dan penggunaan petrol(fuel consumption) bertambah baik.

Disebabkan binaan enjin ini banyak diperbuat daripada Alumunium dengan teknologi Forged, berat enjin ini hanyalah seberat 148kilogram. Sangat ringan sebenarnya.

Enjin ini mempunyai Bore X Stroke sebesar 83 x 92 mm. Jika dilihat pada angka, enjin ini merupakan sebuah enjin “Undersquare” dimana nilai stroke adalah lebih besar daripada bore. Sekarang dah banyak pengeluar mengeluarkan enjin jenis “Undersquare” berbanding “Oversquare” dan “Square”. Enjin “Undersquare” mampu menghasilkan lebih Torque pada RPM rendah berbanding “Oversquare”. Selain itu, ianya juga lebih efisyen dari segi penjimatan bahan api.

Nilai Compression Ratio bagi enjin ini ialah 8.6 : 1. Rendah. Bila Compression Ratio rendah, ia membolehkan nilai bukaan boost yang dimasukkan ke enjin lebih tinggi. Bagi model enjin M133 ini, nilai bukaan boost maksimum adalah pada 1.8bar. Tinggi ! Sebab tu enjin ini agak liar. 450Nm torque bermula seawal 2,250RPM bukanlah mudah untuk dikawal. Hati-hati !

Sistem turbo enjin ini menerima satu unit turbo skrol berkembar(twin scroll turbo) daripada pihak BorgWarner. Binaan skrol berkembar pada unit turbo ini membolehkan boost dihasilkan dengan cepat dan membolehkan gas ekzos digunakan secara efektif. Sistem turbo pada enjin ini juga tidak ada masalah lag. Hal ini kerana ia menggunakan Water/Air Intercooler sebagai agen penyejuk. Matematiknya mudah, lebih panjang perjalanan boost itu, maka lebih lag lah jawabnya. Begitu juga sebaliknya. Perjalanan boost enjin ini adalah singkat. Sebabtu lah mencanak-canak pickupnya.

Penggunaan bahan api kenderaan ini juga boleh tahan jimat. Berterima kasih pada teknologi BlueDIRECT dari pihak Mercedes Benz. Unit High Pressure Fuel Pump akan meningkatkan tekanan di dalam sistem sehingga 200 bar. Tekanan itu disimpan di dalam Fuel Rail seterusnya disalurkan kepada unit Piezo Injector yang terletak di tengah-tengah kebuk pembakaran. Penggunaan bahan api adalah pada kadar 6.9 hingga 7.1 l/100km.

BACA: FAKTA PENJAGAAN SEBUAH A45 AMG

Buat masa sekarang, masih belum ada repot/aduan tentang masalah enjin ini. Baik masalah besar atau kecil. Cuma bahagian wear & tear itu mestilah ada. Enjin ini boleh dikatakan agak lasak untuk dihentam. Sememangnya, pihak AMG telah melakukan kerja yang sangat baik. Terima kasih juga diucapkan kerana membina segmen AMG mampu milik.

Bagi pilihan modifikasi enjin ini, sudah banyak pengeluar aftermarket mengeluarkan aksesori bolt on untuk enjin ini. Anda boleh pilih sahaja jenama yang anda suka. Sebagai contoh disini, kami ada satu unit yang ditala sehingga hampir 600whp dengan spesifikasi berikut.

  • Owen Development Turbo
  • Turbosmart Atmospheric Valve
  • AMS Downpipe with High Flow Cat
  • AMS Carbon Fibre Intake System
  • AMS Central Heat Exchanger
  • AMS Side Heat Exchanger
  • Ignition Projects Coil Pack
  • Boost Solenoid
  • Fuel Controller
  • Custom Tune
    Kos untuk semua barang termasuk penalaan adalah dalam lingkungan RM62,000. Memang mahal sebab pakai barang branded. Haha. Lagipun, ianya Mercedes Benz. Mungkin kos bagi menjaga dan menaik taraf tidak sebesar VR38DETT dari Nissan GTR tapi ianya masih kenderaan Eropah buatan Jerman. Tidak boleh samakan dengan 4G63T ataupun 2JZ yang memakan kos lebih rendah.

Akhir kalam, enjin ini dibina untuk memberi jawapan kepada enjin Audi RS3 (CEPA/CEPB). Jangan pula ada yang kgata, M3 lagi power, GTR lagi power. Eh ! Babap kang ! Kalau M3 dan GTR pihak Mercedes Benz dah keluarkan C63s dengan enjin M177. Haa, pegi main jauh-jauh sana. Haha. Jadi, harapnya perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.

Sekian, Terima Kasih

Google ads
Back to top button