
SELAMAT TINGGAL TOYOTA FJ CRUISER!
Selepas 17 tahun, kita harus mengucapkan selamat tinggal kepada Toyota FJ Cruiser apabila pengeluar dari Jepun itu tidak meneruskan pengeluaran model berkenaan di pasaran global.
Berita mengenai ura-ura penamatan model tersebut sudah pun bertiup kencang sejak melancarkan FJ Cruiser di Timur Tengah enam bulan lalu sebelum memutuskan menghentikan pengeluaran di Afrika Selatan dan seterusnya pasaran global.
Di Timur Tengah, Toyota FJ Cruiser dijual dengan tanda harga AS$41,000 (RM181,949) serta hanya terhad pada 1,000 unit sahaja.

Untuk rekod, Toyota tidak lagi menerima pesanan FJ Cruiser di pasaran A.S. sejak tahun 2017.
Sebelum dihentikan, FJ Cruiser hanya tersedia dengan satu pilihan enjin sahaja iaitu enjin gas V6 4.0 liter, menghasilkan 270hp, 380Nm dan digandingkan bersama transmisi lima kelajuan.
Ciri-ciri seperti Active Traction Control (A-TRAC), Crawl Control, Vehicle Stability Control (VSC) dan Electronic differential lock (EDS) didatangkan sebagai standard.








