Artikel Pilihan

INI KOS SERVIS TOYOTA VIOS 2023, BERMULA DARI RM 185 SAHAJA

Toyota Vios 2023 merupakan model baru sepenuhnya yang dibangunkan dengan menggunakan cesi DNGA telah dilancarkan pada 20 Mac 2023. Ia dikuasakan dengan menggunakan enjin 1500cc 4 silinder dengan teknologi dual VVT-i serta digandingkan dengan transmisi Dual Mode CVT.

Sebagai sebuah sedan segmen B, Toyota Vios masih mengekalkan ciri yang menarik pehatian pembeli muda dengan kos penyelenggaraan yang murah serta berpatutan. Berikut ialah kos servis bagi Toyota Vios 2023 mengikut sela masa servis:

1. 1000km – servis kali pertama yang perlu dibuat bagi menukar minyak enjin semi sintetik 4 liter (RM 139.00), pencuci cermin depan (RM 3.00), pembasmi kuman (RM 12.11), penapis minyak hitam (RM 38.60) dan juga gasket (RM 2.80).

Jika dikira semua sekali, kos sebenar ialah RM 195.51 tapi jika dibayar mengikut pakej Toyota hanya mengenakan caj RM 185.00 sahaja. Servis kali pertama juga tidak dikenakan kos upah servis.

2. 10,000km – sama seperti servis pertama 1000km cuma pada kali ini anda akan dikenakan upah servis sebanyak RM 97.50 dan juga anda perlu membayar cukai SST sebanyak RM 5.85. Anda perlu membayar kos keseluruhan sebanyak RM 298.86.

Tapi dengan paker Toyota, anda hanya perlu membayar sebanyak RM 295.00 sahaja, selepas diskaun. Tapi jika anda memilih untuk menggunakan minyak sintetik penuh, kos servis ini akan meningkat kepada RM 325.

3. Servis di atas merupakan servis berulang pada perbatuan 20,000km, 30,000km, 50,000km, 60,000km, 70,000km dan 90,000km. Oh ya, sebelum terlupa, servis pada 5000km sudah tidak perlu dibuat.

4. 40,000km – ini adalah servis major yang perlu dibuat dengan tambahan seperti menukar penapis enjin (RM 118.35), upah servis (RM 130.00) dan SST (RM 7.80) menjadikan kos keseluruhan pada kali ini ialah RM 485.00 selepas diskaun.

Kos sebenar servis kali ini ialah RM 491.66. Servis major perlu dibuat setiap 40,000km iaitu pada 80,000km, 120,000km, 160,000km dan 200,000km.

5. 80,000km – selain membayar sebanyak RM 485.00, anda perlu membayar kos tambahan bagi penukaran penapis bahan api (RM 270.75). Komponen ini perlu ditukar setiap 80,000km.

6. 100,000km – pada kali ini, kos asas servis yang perlu dibayar ialah RM 295.00. Tapi kali ini anda juga perlu menukar satu set palam pencucuh Iridium dengan kos RM 270.00. Anda juga perlu menukar cecair hidraulik bagi sistem transmisi Dual Mode CVT dengan kos RM 280.00 termasuk dengan upah. Anggaran kos kali ini ialah RM 845.00

7. Cecair penyejuk enjin juga perlu ditukar pada perbatuan 160,000km dengan kos RM 123.50. Selepas itu cecair penyejuk enjin ini juga perlu ditukar setiap 80,000km.

8. Anda juga digalakkan untuk melakukan servis penjajaran semula tayar, imbangan tayar serta melakukan pusingan tayar dari depan ke belakang (dan sebaliknya). Anggaran kos jika dibuat di pusat servis ialah sekitar RM 80-RM 90 sahaja. Jika anda ada masa, anda boleh buat di pusat servis tayar dengan kos yang lebih murah

9. Bagi kos penukaran tayar 17 inci, anggaran kos ialah sekitar RM 300 ke RM 400 bergantung kepada jenama. Jika anda menggunakan rim 16 inci pada varian 1.5E, kos anggaran tayar ialah antara RM 200-300 mengikut jenama.

10. Lain-lain kos seperti kos servis penyaman udara yang perlu dilakukan pada setiap 30,000km adalah tidak dinyatakan di sini. Anda juga digalakkan membeli Fuel Injector Cleaner (sekitar RM 48.00) bagi setiap 10,000km bagi mencuci enapan karbon pada injap kemasukan dan ekzos bagi memastikan enjin beroperasi dengan lancar

Anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan jadual penyelenggaraan di pautan INI

Google ads
Back to top button