Modifikasi

TOYOTA GR YARIS INI HASILKAN 511 KUASA KUDA, ENJIN 3 SILINDER JE BEB

Sebelum turbo menjadi popular, hanya enjin bersaiz besar seperti 6000cc dan 12 silinder sahaja mampu menghasilkan 500 kuasa kuda dalam keadaan stock ataupun original daripada kilang. Mitsubishi pernah menghasilkan sebuah model talaan khas, Mitsubisi Evo FQ400 berupaya menjana 400 kuasa kuda daripada enjin 4 silinder 2000cc turbo

Pada tahun 2021, Andrew Hawkins darupada Powertune Australia berjaya menghasilkan 475 kuasa kuda daripada Toyota GR Yaris. Namun pada masa yang sama Andrew optimis yang GR Yaris boleh ditala melebihi 500 kuasa kuda. Dan pada hari ini Andrew berjaya menghasilkan 500 kuasa kuda dari enjin 3 silinder 1600cc turbo

Dalam keadan standard, enjin 3 silinder turbo 1600cc G16E-GTS ini menjana270 kuasa kuda dan 370Nm tork. Angka ini sudah cukup untuk meletakkan GR Yaris sebagai kereta kompak paling berkuasa dalam kelasnya, dan ia tidak menghairankan kerana GR Yaris adalah unit homologasi perlumbaan yang dihasilkan oleh Toyota

Kuasa tersebut dihantar kepada semua roda menerusi sistem pacuan semua roda GR-Four AWD dan juga transmisi manual 6 kelajuan. Pecutan 0-100km/jam dibuat dalam masa 5.2 saat manakala halaju tertinggi pula dihadkan kepada 230km/jam

Ketika mencapai 475 kuasa kuda, Andrew bekerjasama dengan Powertune Australia dengan memasang EC talaan khas MoTeC bagi memudahkan mereka menala boost turbo. Selain daripada itu, Andrew turut memasang ekzos khas, injap spring khas yang lebih keras, aci sesondol prestasi tinggi, sistem intercooler dan juga sistem suntikan khas bagi menggunakan bahan api E85.

Bahan api berasaskan Ethanol terpaksa digunakan bagi memastikan enjin ini tidak mengalami knocking pada RPM yang tinggi. Sistem klac dan juga Limited Slip Differential khas terpaksa ditukar bagi memastikan semua kuasa sampai kepada roda tanpa ada gelinciran.

Turut ditukar termasuklah sistem turbo aftermarket dan juga fuel line khas untuk GR Yaris dengan tekanan bosst ditetapkan pada 36 psi, dan enjin ini berjaya menghasilkan 499Nm tork

Atas sebab keselamatan, tork enjin ini ditala agar tidak melebihi 500Nm hampir sepanjang masa kerana nilai tork ini semakin merosot apabila enjin diperah lebih tinggi dan tork akan semakin berkurang. Powertune juga risau tork yang melebihi 500Nm akan merosakkan enjin 3 silinder ini.

Setelah selesai ditala, GR Yaris ini kemudian diukur prestasinya di atas mesin dyno 2 wheel drive hub, dimana enjin ini berjaya menghasilkan 511 kuasa kuda pada dyno hub. Bayangkan berapa kuasa sebenar yang boleh dihasilkan oleh enjin ini pada flywheel?

Ketika ujian masa dibuat, GR Yaris ini berjaya menghabiskan perlumbaan suku batu dalam masa 10.8 saat dengan kelajuan tertinggi 200km/jam

Google ads
Back to top button