TOYOTA PERLU BERGERAK PANTAS LAWAN JENAMA CHINA – KOJI SATO
Ketua eksekutif Toyota Motor, Koji Sato, baru-baru ini menyatakan bahawa jenama itu harus bergerak lebih pantas untuk bersaing dengan pengeluar dari China yang kini semakin mendapat kepercayaan dari pelanggan.
Seperti sedia maklum, jenama seperti BYD kian agresif dalam meneroka pasaran untuk kenderaan elektrik hibrid berkuasa bateri serta plug-in di pasaran China.
“Kami perlu lebih pantas dan berusaha untuk memenuhi jangkaan pelanggan di pasaran China,” kata Koji Sato.
“Melihat impak Auto Shanghai 2023, saya percaya China akan menjadi pasaran termaju untuk EV.”
Syarikat itu berkata bulan ini ia akan melancarkan 10 model berkuasa bateri baharu selain menubuhkan unit khusus bagi memberi tumpuan kepada pembangunan bateri EV generasi baharu.
Selain itu, Sato turut mengakui bahawa Toyota mengeluarkan sejumlah kecil kenderaan berkuasa bateri berbanding pembuat kereta lain dan Toyota telah pendekatan berperingkat untuk mempercepatkan pelancaran EV berkuasa bateri.
Fasa pertama pelan itu dimulakan dengan menambah baik EV berkuasa bateri berikutan pelancaran model pertama syarikat itu. Toyota juga menyasarkan jualan tahunan EV mencecah 1.5 juta unit menjelang 2026.
Untuk rekod, Toyota hanya mencatat hasil jualan sebanyak 24,466 unit EV, termasuk jenama Lexus, pada tahun lalu. Daripada jumlah itu, 2.7 juta adalah kenderaan hibrid dan sel bahan api.
- BACA: TOYOTA SUPRA SEWA ALAMI KEROSAKAN LEBIH RM17K – SEKALI PENYEWA GUNA UNTUK BERLUMBA DAA
- BACA: TOYOTA RUSH / PERODUA ARUZ – APA NASIB KEDUANYA NANTI?
- BACA: DAIHATSU AYLA DAN TOYOTA AGYA – MASIH BEREBUT PELANGGAN KAH UNTUK GENERASI BAHARU NI?
- BACA: INI KOS SERVIS TOYOTA VIOS 2023, BERMULA DARI RM 185 SAHAJA