Buletin

KOJI SATO HIDUPKAN SEMULA TOYOTA CELICA?

Era Akio Toyoda sebagai Presiden Toyota sudah pun berakhir dengan kerusi itu diisi oleh anak didiknya, Koji Sato. Melihat pada pencapaian Toyoda, sememangnya ia adalah satu tugas berat untuk Koji Sato.

Koji Sato merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Lexus yang juga seorang jurutera dengan latar belakang dalam enjin diesel. Tugas baharunya nanti adalah mengemudi peralihan syarikat kepada tenaga bersih.

Baru-baru ini, beberapa laman berita di Jepun mendedahkan bahawa Koji Sato berimpian untuk menghidupkan semula Celica.

Bahkan, Akio Toyoda turut menyatakan bahawa beliau ingin memiiki Celica ketika muncul kali pertama di pengucapan awam sejak mengumumkan peralihan kuasa kepada Koji Sato.

Di perhimpunan terbabit, pemandu WRC Jari-Matti Latvala melakukan demo menggunakan ST165 Celica GT-Four.

Hos acara, Kyonosuke Morita bertanya, “Adakah anda mempunyai perasaan untuk kereta ini?”

“Ya, sudah tentu. Saya mahu memiliki Celica itu lagi. Saya rasa seperti saya ingin memilikinya lagi,” jawab Toyoda.

Tiada butiran lanjut diberikan, namun ia menimbulkan persoalan tentang Celica yang dimaksudkan. Model tujuh generasi itu telah menjalani dua kehidupan iaitu separuh sebagai coupe sukan, separuh lagi sebagai raksasa rali AWD.

Tetapi untuk peminat, anda boleh membayangkan ia akan muncul sebagai coupe elektrik, selaras dengan misi Toyota beralih kepada tenaga bersih.

Google ads
Back to top button