Buletin

SERVIS FORD ANDA BERMULA 15 APRIL HINGGA 31 MEI 2022, NIKMATI DISKAUN SEHINGGA 20%

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia mengumumkan promosi Selepas Jualan Raya bermula 15 April sehingga 31 Mei 2022.

Pelanggan yang menempah slot servis semasa tempoh kempen akan menikmati penjimatan sehingga 20 peratus untuk minyak pelincir, pakej pemasa dan brek, selain potongan 10 peratus untuk upah kerja bagi pakej ini. Mereka juga boleh berjimat sehingga 20 peratus untuk alat ganti terpilih.

Tawaran lain termasuklah perkhidmatan tambahan seperti alignment dan balancing, servis asas penyaman udara, polishing dan sanitasi. Untuk lebih ganjaran, pelanggan yang berbelanja RM1,000 dan ke atas untuk mana-mana tawaran kempen Raya dan servis terpilih lain akan menerima sebuah beg sukan yang eksklusif.

Semua pemilik Ford perlu mengambil kesempatan daripada pemeriksaan kenderaan 27-poin percuma yang dlakukan oleh juruteknik bertauliah Ford untuk memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan terbaik. Semua pelanggan perkhidmatan juga akan diberikan paket Hari Raya Ford.

Pelanggan tidak perlu bimbang kerana hanya alat ganti OEM sahaja yang  digunakan oleh Pusat Servis Berdaftar Ford di seluruh negara. Dengan alat ganti tulen Ford, pelanggan boleh yakin dengan standard kualiti, pemasangan dan kemasan kerana alat ganti tersebut direka khusus untuk kenderaan Ford bagi memastikan prestasi terbaik. 

Ia juga didatangkan dengan jaminan selama 12 bulan atau 20,000km (mana-mana tiba dahulu), tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh. Untuk lebih jaminan, semua pusat servis berdaftar Ford dilengkapi kakitangan dan juruteknik serta peralatan diagnostik yang diperakui Ford.

Untuk perjalanan tanpa rasa bimbang, pelanggan Ranger boleh mendapatkan Pelan Waranti Lanjutan PremiumCare Ford (Ford Extended Warranty PremiumCare Plan) dan menikmati perlindungan tambahan selama dua tahun ke atas kos pembaikan tidak diduga selepas tempoh waranti standard selama lima tahun tamat.

Pelanggan Ford Ranger pula boleh menikmati tawaran pakej aksesori empat dalam satu berharga RM1,628 dan sesuaikan kenderaan mereka mengikuti citarasa sendiri. Mereka juga boleh membeli aksesori berasingan mengikut pilihan yang diinginkan. Aksesori tersebut boleh dipasang varian Ranger XL, XLT dan XLT Plus.

PROMOSI HEBAT WARISAN 112 TAHUN FORD

Pelanggan boleh menempah janji temu servis uyang mereka inginkan di laman web Ford pada bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja.

Lima pusat servis berdaftar di seluruh negara iaitu Ford Ara Damansara, Ford Petaling Jaya, Ford Juru, Ford Butterworth dan Ford Kuching ada menawarkan pilihan tempahan temu janji e-servis masa nyata. Ia membolehkan pelanggan mengetahui dengan segera slot masa yang ada serta memilih dan mengesahkan jadual pilihan mereka (sehingga sebulan lebih awal).

Untuk membuat tempahan dalam talian, sila klik di sini. Pelanggan boleh membuat tempahan janji temu di Pusat Servis Berdaftar Ford yang dikehendaki.

Maklumat lanjut tentang promosi ini, sila layari www.sdacford.com.my 

Google ads
Back to top button