Artikel PilihanBuletin

BUGATTI SERAHKAN 8 MODEL SEKALI GUS KEPADA PELANGGAN ISTIMEWA MEREKA-DADDY COOL

Bugatti ialah nama pengeluar kereta mewah yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Hasil ciptaan mereka tidak pernah murah dan memang layak dijadikan koleksi bagi mereka yang berkemampuan. Berbekalkan minat yang mendalam dan duit yang berkoyan-koyan, pelanggan isitimewa ini menempah 8 buah model baharu Bugatti untuk melengkapkan koleksi beliau.

Serahan untuk pelanggan rahsia ini dilakukan di lokasi bersejarah Bugatti, Chateau Saint Jean. Ia digelar Molsheim Experience dan tradisi ini dimulakan oleh Ettore Bugatti sendiri.

Tak sama dengan kita beli kereta kan? Ambil kereta dekat showroom lepas ambil gambar pegang mock key dengan jurujual terus balik. Silap-silap air mineral pun tak belanja.

Selesai penyerahan, pelanggan tersebut secara rasminya telah memiliki Bugatti Chiron Super Sport 300+ baharu dan satu daripada 8 unit Veyron Grand Sport Vitesse World Record Edition. Bukan itu sahaja beliau juga membawa pulang enam unit Bugatti Baby II untuk kanak-kanak dalam 6 warna berbeza. Fuh bukan setakat ayahnya sahaja, anak-anak pun dapat Bugatti sorang satu. Lebih istimewa bila si ayah membawa sendiri kesemua anak-anaknya untuk merasai sendiri pengalaman bersama Bugatti di lokasi bersejarah itu.

Tentu sekali pelanggan super kaya seperti ini sudahpun memiliki sejumlah Bugatti dalam koleksi beliau dan dua unit yang diterima pada hari tersebut merupakan pelengkap kepada koleksi Bugatti beliau.

Nampaknya pelanggan tersebut juga cuba menyemai minat anak-anak beliau kepada Bugatti dengan menghadiahkan kereta kanak-kanak Bugatti kepada mereka. Ia berkuasa elektrik sepenuhnya dan dikecilkan sedikit berbanding model asal yang dihasilkan oleh Ettore untuk anak lelaki beliau, Jean satu ketika dahulu. Eh, kat mana ada jual kereta mainan Alza vtectec?

Sebelum majlis penyerahan, Bugatti membawa anak-beranak ini melawat sendiri sekitar kawasan pengeluaran Bugatti termasuklah Atelier, di mana mereka menghasilkan hypercar.

Selepas majlis penyerahan, si bapa memandu sendiri Veyron Grand Sport Vitesse dan diikut dari belakang oleh enam anak beliau dengan memandu Bugatti Baby II. Pelanggan ni tak nak anak angkat ke? PokYa dah lama yatim piatu ni.

Kredit hotcars.com

Google ads
Back to top button