Motosikal

BOON SIEW HONDA LANCAR RS-X EDISI REPSOL. TERHAD 5,000 UNIT SAHAJA, BERMULA RM9,948

Boon Siew Honda baru-baru ini memperkenalkan versi ikonik Repsol sebagai edisi terhad untuk Honda RS-X. Sejak dilancarkan pada November 2021, RS-X nyata mendapat sambutanhangat daripada rakyat Malaysia yang menghargai kombinasi gaya sporty, prestasi unggul dan ciri-ciri termaju. 

Bagi tahun 2022, RS-X akan menyerlahkan lagi DNA super sportsnya dengan livery Repsol, memberikan penunggang bukan sahaja prestasi terbaik, malah penampilan sporty yang tiada tandingan.

Dengan gayaan sporty, RS-X turut dilengkapi full cowl yang direka secara aerodinamik. Selain muka hadapan yang agresif dengan dwi-lampu LED dan rekaan belakang yang mantap. 

RS-X dikuasakan oleh enjin DOHC 150cc dengan sistem penyejukan cecair yang mematuhi piawaian EURO4 serta dipadankan bersama transmisi kuasa 6-kelajuan. Enjin berkenaan mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.8 kW pada 9,000rpm dan tork maksimum 13.6Nm pada 7,000rpm. 

Dilengkapi ciri-ciri berteknologi terkini seperti Anti-lock Braking System (ABS), pemacu rantai bertutup dan Speedometer Digital penuh, RS-X versi Repsol itu juga mampu memberi pengalaman menunggang yang lebih selamat dan santai. 

Hanya 5,000 unit Honda RS-X Edisi Repsol akan ditawarkan, pilihan warna yang sedia ada masih boleh dibeli.  

Maklumat lebih lanjut mengenai Honda RS-X Edisi Repsol, pelanggan boleh mengunjungi pengedar Honda atau hubungi nombor bebas tol Honda di 1-800-88-3993 atau layari laman web www.boonsiewhonda.com.my  

GALERI

Google ads
Back to top button