Buletin

SESI PODCAST JADI TRAGEDI – DIREMPUH SUV SEMASA BERSIARAN

Sesi podcast yang berlangsung di kafe berdekatan Houston, Amerika Syarikat bertukar menjadi tragedi apabila ia dirempuh oleh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Rempuhan itu menyebabkan dinding serta jendela kaca kafe berkenaan pecah hingga serpihannya terkena penyiar podcast dan tetamu.

Penyiar podcast, Nathan Reeves dan tamu jemputannya, Alexsey Reyes, dilihat terhimpit sedikit akibat daripada impak rempuhan.

“Ia sangat mendebarkan, namun selepas itu kami pastikan semua orang dalam keadaan OK.

“Saya betul-betul terkejut dan semuanya dapat saya rakamkan,” ujar Reeves yang sedang merakam episod kelima saluran YouTube miliknya, November Romeo.

Beberapa saat sebelum Chevrolet Tahoe itu merempuh kafe Tout Suite, penyiar podcast berkenaan sempat berkata, “Agak sunyi keadaan di sini.”

Menurut laporan, wanita yang memandu Chevrolet Tahoe bersama dua penumpang itu dipercayai melanggar lampu merah lalu bergesel dengan sebuah Ford Escape.

Insiden itu bagaimanapun tidak mendatangkan sebarang kecederaan serius. – Buletin TV3

Google ads
Back to top button