Buletin

VIRAL TESLA MODEL 3 ANGKUT GENSET DI BELAKANG, TENGAH MENGECAS KE TU?

Krisis tenaga di Ukraine menyebabkan ramai pengguna kereta elektrik terjejas dan sukar untuk mengecas EV masing-masing.

Keadaan ini memaksa seorang pemilik Tesla Model 3 menggunakan sumber yang ada dengan memasang sebuah generator petrol di belakang kereta elektriknya.

Hal ini disedari oleh seorang penggua Twitter @igorsushko yang berjaya mengesan kelibat EV tersebut di Kyiv, Ukraine.

Besar kemungkinan pemilik Tesla Model 3 itu menggunakan unit generator itu sebagai solusi pengecasan mudah alih, memandangkan sebuah Tesla tidak boleh dicas semasa sedang bergerak.

Menurut laman Carscoops, mereka mendapati genset itu merupakan model Konner & Sohnen BASIC KS 2800 C dengan kapasiti bahan api 15 liter, dan berupaya menghasilkan output maksimum 2.8 kW.

Sudah tentu ia tidak cukup pantas untuk mengecas sebuah EV dengan kapasiti bateri yang sangat besar, namun ia dilihat satu solusi sementara yang sangat praktikal memandangkan krisis tenaga yang masih lagi belum selesai di negara tersebut. – Carscoops

Google ads
"
"
Back to top button