Artikel Pilihan

LIGHTSHIP L1 – TRELER CAMPER EV MODEN SERBA BOLEH

Ini bukannya sebuah kapal angkasa tetapi sebuah treler camper EV ciptaan dua orang veteran Tesla, Ban Parker dan Toby Kraus. Keduanya menggunakan kepakaran mereka untuk mengasaskan sebuah syarikat yang mengeluarkan kenderaan yang berbeza, RV ataupun kenderaan rekreasi. Ini merupakan produk pertama mereka sebuah kenderaan treler camper berkuasa elektrik yang tidak akan menjejaskan jarak operasi kenderaan EV yang menundanya.

Kegilaan RV kini semakin merebak ke seluruh dunia dan mereka kini menghasilkan sebuah RV yang isitmewa. Kepakaran keduanya dalam pembangunan EV dimanafaatkan sepenuhnya dalam ciptaan terbaru mereka ini.

Rekaan pop-up membantu Lightship L1 menjadi tiga kali ganda lebih aerodinamik berbanding kenderaan RV biasa. Tak adalah nampak macam letak kontena di atas casis treler. Is sekaligus menyumbang kepada penjimatan tenaga kenderaan di hadapan.

Lebih menarik bila treler ini turut dilengkapkan dengan bateri 80 kWh yang hampir setanding dengan Mercedes EQC. Gunanya ialah untuk membolehkan treler ini bergerak sendiri di atas jalan raya dengan tidak membebankan kenderaan yang menundanya. Maksudnya kenderaan EV dengan jarak operasi 400 kilometer masih mampu mencapai jarak tersebut walaupun dengan menunda Lightship L1 di belakangnya. Bijak betul.

Konsep ini bukan hanya sesuai untuk kenderaan EV tetapi boleh juga digunakan oleh kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman. Jimat banyak weh sebab RV ni mampu menolak dirinya sendiri.

Bukan itu sahaja, treler ini juga mempunyai panel solar 3kW yang boleh membekalkan tenaga untuk kegunaan penghuninya. Tak payahlah nak angkut tong gas ataupun generator ke hulu ke hilir sewaktu berkembara.

Treler ini berukuran 8.2 meter panjang, 2.5 meter lebar dan dengan ketinggian 3 meter dalam mod camping. Empat ke enam orang boleh menginap dengan selesa didalamnya bergantung kepada konfigurasi yang dipilih.

Tapi ingat semua ciri inovasi dan teknologi ini datang dengan kos yang agak tinggi. Harga permulaan melebihi setengah juta RM bukanlah untuk kembara bajet. Sama dengan sebuah kondominium lelong tu weh. Bagi golongan yang mampu tak ada masalah, dah boleh tempat dah pun dengan deposit USD5,000 (RM22,635) sahaja dan penghantaran bakal bermula penhujung 2024.

Google ads
Back to top button