Buletin

VIRAL RATUSAN PETANI DAPAT DURIAN RUNTUH. “BORONG” BELI KENDERAAN MEWAH

Sebahagaian besar penduduk Desa Sumurgeneng, Tuban, Jawa Timur, Indonesia tidak melepaskan peluang “memborong” kenderaan mewah selepas mendapat durian runtuh.

Penduduk yang majoriti merupakan petani itu mendapat durian runtuh selepas menerima wang pampasan tanah daripada Pertima untuk Projek New Grass Rooot Refinery.

Ketua Kampung Desa Sumurgeneng, Gianti berkata terdapat kira-kira 225 penduduk yang menerima wang pampasan terbabit.

“Tanah terdapat di Sumergeneng memiliki nilai harga antara Rp600 (RM175) hingga Rp800 ribu (RM234) per meter.

“Para petani yang menerima wang pampasan paling tinggi mencapai sehingga Rp26 juta (RM7.6 juta),” katanya.

Gianto memberitahu terdapat 17 trak yang memasuki kampung berkenaan membawa kenderaan mewah dibeli dari Surabaya.

Difahamkan, tindakan para petani berkenaan yang membeli kenderaan-kenderaan menjadi viral di alam maya malah ada mendakwa segelintir petani tidak tahu memandu kenderaan– CNN INDONESIA

Google ads
Back to top button