
NAZA SAHKAN BAKAL BERPISAH DENGAN FERRARI. KETIDAKSERASIAN STRATEGI BISNES JADI PUNCA
Dalam satu kenyataan media yang dihantar lewat semalam, NAZA Automotive Group mengesahkan bahawa pihaknya telah mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan perniagaan dengan Ferrari S.p.A (Ferrari) berikutan ketidakserasian strategi NAZA dengan kehendak bisnes Ferrari.
Menerusi kenyataan media yang bertajuk “HUBUNGAN NAZA ITALIA DAN FERRARI BAKAL BERAKHIR ITU,” ia turut menyatakan Kumpulan NAZA telah mengkaji semula bisnes automotifnya termasuk mengenal pasti jenama yang bersesuaian bagi memantapkan bisnes automotif NAZA.
“Keputusan ini tepat pada waktunya dan membuka ruang untuk NAZA memberi tumpuan kepada jenama lain di bawah bisnes automotif.
“Langkah ini bakal membolehkan NAZA memperuntukkan sumber perniagaan kepada jenama lain yang telah dikenalpasti dalam strategi bisnes automotif NAZA. NAZA akan terus memberi sokongan kepada Ferrari untuk memudahkan segala proses peralihan menjelang April 2023.
“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada Ferrari atas hubungan perniagaan yang sekian lama terjalin. Semoga jenama Ferrari terus mencapai kejayaan,” katanya.
Buat masa sekarang, NAZA masih mengendalikan jenama Maserati dan Ducati.
- BACA: NAZA ITALIA BUKAN LAGI PENGEDAR RASMI FERRARI BERMULA 8 APRIL. IDENTITI PENGEDAR BAHARU BELUM DIDEDAHKAN
- BACA: PINJAM LAFERRARI DEMI CONTENT, INFLUENCER ‘TERDUDUK’ SELEPAS TERLANGGAR PLATFORM, KOS BAIKI CECAH RM195K!
- BACA: FERRARI TUTUP TEMPAHAN PUROSANGUE, TEMPOH MENUNGGU KINI DUA TAHUN
- BACA: JUTAWAN PALSU KAUT UNTUNG ATAS ANGIN JUAL SLOT FERRARI MONZA SP1