
SHELL LANCAR MINYAK ENJIN HELIX HX8 SINTETIK SEPENUHNYA – BERMULA RM165
Shell Malaysia Trading hari ini melancarkan minyak enjin sintetik sepenuhnya, Shell Helix HX8 baharu.
Dengan teknologiFlexi Molecule, Shell Helix HX8 melindungi enjin menerusi penyesuaian dengan setiap jenis gaya dan keadaan pemanduan.
Minyak ini menawarkan kawalan deposit dan kestabilan kelikatan suhu tinggi 58% lebih baik, perlindungan hakisan 78% lebih baik dalam keadaan pemanduan berhenti dan bergerak di bandar serta perlindungan kehausan sehingga 40%.
Hasilnya, pemilik kereta dapat menikmati jangka hayat enjin lebih lama dengan penjimatan bahan api yang dipertingkatkan. Di samping selang masa penukaran minyak hitam lebih panjang dan kos penyelenggaraan lebih rendah.

Minyak premium itu boleh didapati dalam dua pilihan kelikatan. Harga runcit yang disyorkan bagi pek 4 liter ialah RM165 (Semenanjung Malaysia) dan RM166 (Sabah dan Sarawak) bagi Shell Helix HX8 Synthetic 5W-40.
Manakala Shell Helix HX8 X 5W-30 berharga RM180 (Semenanjung Malaysia) dan RM181 (Sabah dan Sarawak).
Sempena pelancaran tersebut, sebanyak 888 pek Shell Helix HX8 akan disediakan secara percuma untuk para pemilik kereta yang mendaftar secara dalam talian di www.shell.com.my/helix888. Tiada pembelian diperlukan dan pemenang bertuah akan menerima kod promo menerusi SMS.
Pembelian Shell Helix HX8 juga melayakkan pengguna menyertai program kesetiaan Shell Advantage and Rewards (SHARE).
Program ini menawarkan minyak enjin Shell secara percuma untuk pembelian terkumpul. Selain Shell Helix Engine Warranty (SHEW) percuma untuk kereta berusia bawah 8 tahun dan jarak pemanduan tidak melebihi 150,000 km.